5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Penampilan rapi bukan sekadar pakaian yang mahal. Ia bermula dengan ritual grooming yang betul. Ketahui 5 kebiasaan kecil tetapi efektif yang akan membuat anda kelihatan lebih mapan, profesional dan “high-end” dalam setiap pertemuan.
Dalam dunia moden, imej bukan lagi tentang label jenama atau harga pakaian, tetapi bagaimana kita menjaga diri setiap hari. Penampilan yang “mahal” bukan sekadar soal duit. Ia boleh terhasil daripada kebiasaan grooming yang konsisten dan bermakna.
Berikut 5 tabiat grooming utama yang boleh mengubah cara orang melihat anda, dari biasa kepada premium.
#1 Mulakan Dengan Kulit yang Bersih & Terhidrasi
Kulit yang sihat dan bersih ialah asas bagi imej yang rapi. Membersihkan wajah sekurang‑kurangnya dua kali sehari dengan produk yang sesuai membantu menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati. Selepas itu, pelembap ringan membantu tekstur kulit kelihatan lebih halus dan tidak kusam. Antara ciri yang sering dikaitkan dengan penampilan premium dan sihat. Gunakan krim pelembap dan sunscreen setiap pagi sebagai ritual utama. Kulit yang bersinar secara semula jadi menjadikan wajah anda kelihatan lebih segar tanpa perlu makeup tebal.

#2 Rambut Rapi Menambah Kekemasan Wajah
Potongan rambut yang bersih dan gaya yang sesuai dengan bentuk wajah boleh memberikan kesan visual yang jauh lebih tajam. Rambut yang tidak terurus atau berminyak boleh ‘menarik turun’ keseluruhan penampilan, walaupun pakaian anda mahal sekalipun. Penjagaan rambut dari mencuci, memotong secara berkala hingga menggunakan produk styling yang sesuai, adalah langkah penting dalam grooming bagi imej expensive.
Untuk gaya harian, pilihan produk light hold seperti clay atau matte paste supaya rambut tidak kelihatan terlalu berat, tetapi tetap teratur.

#3 Bau Wangi yang Tepat Bukan Sekadar Haruman Mahal
Haruman yang sesuai boleh menjadi signature anda. Sesuatu yang orang ingat selepas bertemu sekali pun. Pilih aroma yang bersih dan tidak terlalu berat untuk suasana harian. Contohnya nota citrus atau wangian ringan kayu. Ini kerana kesederhanaan sering dikaitkan dengan kelas dan elegan. Kuantiti itu penting, sedikit sahaja sudah cukup. Bau yang terlalu kuat boleh memberi kesan berlebihan, bukan premium.

#4 Kuku Bersih & Kebersihan Badan yang Terjaga
Perincian kecil seperti kuku yang kemas dan badan yang segar adalah tabiat grooming yang sering diabaikan, tetapi mempunyai impak besar. Nampak remeh, namun kuku yang bersih dan badan yang terurus memberi isyarat bahawa anda teliti dengan diri sendiri. Satu ciri yang sering dikaitkan dengan profesionalisme dan gaya hidup high-end.

#5 Penjagaan Gigi & Senyum Sehat
Senyuman yang kemas dan nafas yang segar bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain dalam sekelip mata. Menjaga kebersihan mulut, termasuk berus gigi dua kali sehari dan flossing, menjadikan senyum anda lebih cerah dan imej anda lebih berketerampilan.

Imej yang tampak mahal tidak semestinya memerlukan bajet besar atau produk premium. Apa yang jauh lebih penting adalah konsistensi dalam kebiasaan grooming yang betul. Dari kulit wajah hingga aroma tubuh. Dengan rutin yang tepat, anda dapat mengangkat penampilan harian anda kepada kelas yang lebih tinggi, profesional dan dikenang.
Dengan menjaga detail kecil setiap hari, anda tidak hanya kelihatan lebih mahal, tetapi juga lebih disiplin, keyakinan diri tinggi dan siap menghadapi dunia dengan gaya yang matang dan berwibawa.
Artikel Berkaitan: RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











