Skip to content

ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Kongsikan artikel ini

FOTOGRAFI EDMUND LEE/HEXA PRODUCTION STUDIO+ ARAHAN SENI KHAIRANI RAMLI & HILMAN HISHAM + PENATA GAYA & TEKS JOHAN KASSIM  + GROOMING EL MANDA ZUHAIRY + DANDANAN CKAY LIOW + PAKAIAN TOMMY HILFIGER

Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran nanti supaya kekal bergaya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Ikmal Amry merupakan antara pelakon yang semakin menonjol dalam industri hiburan tempatan. Dikenali dengan karisma di layar serta gaya hidup aktif, Ikmal bukan sahaja mempamerkan bakat lakonan yang meyakinkan, malah turut dikenali sebagai seorang pencinta kecergasan yang mengamalkan rutin senaman secara konsisten.

Ikmal Amry mula mendapat perhatian penonton menerusi beberapa drama popular, antaranya From Saga With Love. Drama tersebut berjaya menarik minat ramai penonton, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon yang berpotensi. Lakonannya yang bersahaja serta keserasian dengan barisan pelakon lain menjadikan wataknya mudah diterima oleh penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Selain drama, Ikmal Amry juga terlibat dalam dunia perfileman. Antara projek yang menampilkan lakonannya ialah filem Soloz: Game of Life yang mengangkat kisah dunia e-sukan tempatan. Di samping itu, Ikmal juga bakal muncul dalam filem aksi akan datang, Tarung: Unforgiven yang dijangka menampilkan sisi lebih lasak dan fizikal daripada dirinya.

glam lelaki ikmal

 

Di luar kerjaya lakonan, Ikmal Amry aktif berkongsi rutin senaman serta gaya hidup sihat di media sosial. Komitmennya terhadap kecergasan bukan sahaja membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik, malah turut memberi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan seimbang.

Artikel berkaitan: SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
AARON KWOK CERMINKAN GAYA MUSIM PANAS MODEN DALAM KEMPEN TERBAHARU TOMMY HILFIGER

AARON KWOK CERMINKAN GAYA MUSIM PANAS MODEN DALAM KEMPEN TERBAHARU TOMMY HILFIGER

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut