Skip to content

“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Kongsikan artikel ini

“I asked, she said yes”

28 Mac 2026, kira-kira 10 pagi, berita gembira mengenai pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah telah mencuri perhatian ramai. Ahli Parlimen Muar tersebut melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu dan perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, dengan kapsyen ringkas: “I asked, she said yes”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Perhubungan ini telah dijangka oleh netizen terutamanya peminat mereka yang selalu mengambil perhatian aktiviti mereka berdua melalui media sosial. Ramai peminat termasuk rakan selebriti turut mengucapkan tahniah serta mendoakan agar hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Pertunangan ini menjadi satu langkah baharu dalam kehidupan mereka berdua.

Pasangan ini dilihat sangat serasi dan bahagia sepanjang majlis berlangsung. Bella tampil anggun manakala Syed Saddiq kelihatan segak, melambangkan keserasian mereka sebagai pasangan. Bella disolek oleh jurusolek, Aiman Shahiran dengan dandanan rambut oleh Syukkadir, manakala Syed Saddiq menerima sentuhan grooming oleh Zulyasrani.

Pertunangan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan selama berbulan-bulan mengenai status hubungan mereka, yang sebelum ini sering menjadi perhatian dan tanda tanya ramai.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Ini merupakan hubungan serius yang pertama buat Bella selepas bercerai dengan bekas suami, Alif Aziz.

Artikel berkaitan: SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)

Bacaan Lanjut
bella astillah

MOMEN MANIS SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
kuyin kamaruddin runner

HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut