6 FILEM LOKAL YANG WAJIB TONTON TAHUN INI
Industri perfileman tempatan terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan kemunculan pelbagai karya berkualiti tinggi yang wajar diberi perhatian. Tahun ini, penonton disajikan dengan deretan filem menarik merangkumi pelbagai genre. Daripada aksi hingga seram yang pasti menghiburkan.
Antara filem yang sedang ditayangkan ialah Gayong 2, kesinambungan kepada filem berunsur seni bela diri yang mengangkat warisan silat tanah air. Lebih menarik, filem ini dibintangi oleh Beto Kusyairi dan Nabila Huda. Gandingandua nama besar yang terkenal dengan lakonan mantap. Mereka dijangka menghidupkan lagi naratif filem ini dengan aksi yang lebih padu serta emosi yang mendalam.

Bagi peminat aksi lasak, Tarung: Unforgiven tampil sebagai antara filem yang wajib ditonton tahun ini. Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan dibintangi oleh Aedy Ashraf serta Mierul Aiman. Mengangkat kisah penuh konflik antara keluarga dan persahabatan serta perjuangan. Filem ini menjanjikan adegan pertarungan sengit serta emosi yang mendalam.
Tidak ketinggalan, The Furious yang dibintangi oleh Zul Ariffin dan Sky Iskandar turut menawarkan pengalaman tontonan penuh adrenalin. Filem ini belum diumumkan lagi tarikh tayangannya. Dengan babak aksi yang hebat serta kehadiran dua pelakon berkarisma ini, filem ini dijangka memberikan impak besar kepada penonton yang gemarkan karya berintensiti tinggi.
Sementara itu, Takluk 2 tampil sebagai sekuel yang membawa kesinambungan kisah terdahulu dengan skala yang lebih besar. Penonton boleh menjangkakan perkembangan watak yang lebih kompleks serta konflik yang semakin mencabar. Takluk 2 belum mengumumkan lagi barisan pelakon utamanya lagi. Namun, melalui pemerhatian, Syafiq Kyle merupakan pelakon utama.
Polong, untuk peminat filem genre seram
Bagi penggemar genre seram, Polong pasti menjadi pilihan. Mengangkat elemen mistik dan kepercayaan tradisional, filem ini dijangka memberikan pengalaman seram yang mencengkam serta penuh debaran. Mimi Lana, Nam Ron dan Nadiya Nisaa merupakan pelakon utama Polong. Zulkarnain Azhar yang akan mengarahkan filem Polong ini. Ini merupakan filem seram pertama arahannya. Sebelum ini, Zulkarnain pernah mengarahkan filem seperti J Revolusi dan Takluk.

Filem Malaikat Malam (sedang ditayangkan) pula hadir dengan pendekatan penceritaan yang lebih emosional dan berlapis. Filem ini menerima pelbagai reaksi di media sosial. Namun rata-rata penonton memuji kekuatan naratif serta lakonan mantap barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, dan Akmal Asyraf. Filem ini bukan sekadar aksi kosong, malah sarat dengan elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan. Melalui watak Azam yang hidupnya berubah selepas terlanggar seorang gadis buta bernama Ratna.
Artikel berkaitan: GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN PELAKON HEBAT GAYONG 2 SERTA MENGAPA ANDA PERLU TONTON
Gayong 2 kini kembali selepas hampir setahun menjadi penantian sejak filem pertama yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy dan Nabila Huda.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA
GLAM Lelaki menampilkan pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma untuk cover Februari 2026. Dia meraih perhatian menerusi Hilang Dalam Rindu dan akan muncul dalam beberapa drama baharu sepanjang 2026.
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden











