GL ‘5 UNDER 25’: SHARUL AIMY. MENGENALI POTENSI DIRI, PERJALANAN, CABARAN & MASA DEPAN
Baca temu bual GLAM Lelaki bersama Sharul Aimy, salah seorang personaliti cover untuk isu April 2026.
Bagaimana anda mula mengenali potensi diri sendiri, dan apakah momen yang paling membuka mata tentang siapa diri anda sebenarnya?
Bagi saya, setiap individu akan melalui proses tersendiri dalam mengenali potensi diri. ‘Turning point’ itu hadir secara semula jadi. Kita akan sedar bila tiba masanya. Saya sendiri mula melalui proses ini sejak di bangku sekolah rendah, apabila pertama kali mengenali sukan trampolin.
Perasaan melayang di udara memberi satu pengalaman yang sukar digambarkan. Seolah-olah berada di dunia yang berbeza, penuh keterujaan. Ketika itu, saya sedar inilah titik perubahan terbesar dalam hidup saya.
Tambahan pula, gimnastik masih agak asing dalam kalangan masyarakat Melayu pada waktu tersebut. Cabaran untuk memecahkan tabu itu menjadi motivasi untuk saya terus melangkah dan mencipta nama dalam sukan ini.
Dalam proses ‘explore yourself’, apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi, dan bagaimana anda mengatasinya?
Cabaran terbesar pastinya melibatkan aspek fizikal dan mental. Dalam dunia sukan, kesihatan adalah keutamaan. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga emosi.
Saya bersyukur kerana dapat berlatih dalam persekitaran yang kondusif, hasil sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Namun begitu, perjalanan ini tidak terlepas daripada ujian. Saya sendiri pernah mengalami kecederaan dan beberapa kali dimasukkan ke hospital.
Apa yang penting, jangan sesekali berputus asa. Setiap cabaran ada jalan penyelesaian. Hadapilah dengan semangat yang positif, kerana setiap kesukaran adalah sebahagian daripada proses membina kekuatan diri.
Jika anda boleh gambarkan diri anda dalam tiga perkataan, apakah ia? Dan bagaimana ia berubah sejak anda mula perjalanan ini?
Strong, Trampolin & Fire.
Setiap individu memiliki kekuatan yang berbeza. Apa pun yang berlaku, kita perlu ada kekuatan mental dan fizikal untuk terus melangkah.
“Trampolin” bagi saya bukan sekadar sukan, tetapi simbol kepada batu loncatan yang membawa saya ke tahap hari ini.
Manakala “Fire” melambangkan semangat dan intensiti dalam perjalanan hidup serta kerjaya saya. Satu dorongan dalaman yang sentiasa membakar keinginan untuk terus maju.


Sejauh mana pentingnya kegagalan dalam membantu anda memahami diri sendiri dengan lebih mendalam?
Kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Setiap kegagalan membawa pengajaran yang membentuk siapa diri kita dan membantu membina semula cita-cita.
Saya sendiri pernah melalui beberapa kegagalan. Namun setiap kali ia berlaku, saya akan mengambil masa untuk memahami puncanya. Misalnya, apa yang silap, dan bagaimana untuk memperbaikinya. Proses refleksi ini penting agar kesilapan yang sama tidak berulang pada masa hadapan.
Bagaimana perasaan anda apabila dianggap sebagai individu yang berjaya sebelum usia 25 tahun? Adakah ia satu tekanan atau motivasi?
Sejujurnya, saya merasakan perjalanan saya masih panjang. Namun apabila dianggap berjaya pada usia muda, ia datang bersama tekanan untuk terus memberikan yang terbaik.
Saya faham bahawa harapan orang ramai adalah tinggi, dan ia sering menjadi perhatian umum. Walaupun begitu, saya memilih untuk menjadikan tekanan itu sebagai motivasi. Ia membantu saya untuk terus berkembang, menjadi lebih matang, dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Apakah nasihat anda kepada anak muda lain yang masih mencari identiti dan arah hidup mereka?
Kepada anak muda, jangan takut untuk mencari peluang dan menyerlahkan bakat anda. Teruskan eksplorasi diri tanpa henti.
Kenali siapa diri anda, dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hidup ini singkat. Jangan sia-siakan proses yang sedang dilalui. Apabila anda sudah mempunyai matlamat, teruskan melangkah tanpa ragu.
What’s next for you?
Fokus saya adalah untuk menjadi versi diri yang lebih baik. Saya mahu terus kekal positif, berkembang sebagai individu, dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Artikel berkaitan: KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA
GL Gang, Hakimi Noordin menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan pakaian dan beg Coach Holiday 2025 terbaik
5 Atlet Lelaki Kacak & Mesti Kenali di Sukan SEA 2025
Sukan SEA 2025 memperkenalkan barisan atlet baharu dan sedia ada yang berada di kemuncak prestasi. Berikut lima atlet hangat mencuri tumpuan.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”
Sharul Aimy meraih pingat emas di Sukan SEA. Mencatat 13.833 mata pada aksi akhir dalam acara melombol lelaki.
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.











