Skip to content

KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

Kongsikan artikel ini

Louis Vuitton masih mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan memperkenalkan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope. 

Ia merupakan dalam kolaborasi eksklusif antara Pengarah Kreatif Menswear, Pharrell Williams, dan duta jenama, J-Hope. J-Hope merupakan artis serba boleh yang dikenali sebagai penari, rapper, penerbit muzik serta anggota kumpulan sensasi global BTS.

Mengambil inspirasi daripada siluet kasut klasik era 2000-an, LV Buttersoft Sneaker tampil dengan nafas baharu yang lebih moden dan berperincian tinggi. Ia menekankan keselesaan serta elemen peribadi yang penuh makna.

Rekaan ini pada asalnya dicipta khas untuk J-Hope sendiri sebagai pelengkap kepada jelajah dunianya.

LV BUTTERSOFT SNEAKER J-HOPE

Hasilnya adalah gabungan sempurna antara fleksibiliti kasut sukan larian dan kemahiran pertukangan kulit Itali yang sinonim dengan Louis Vuitton. Setiap pasangan menampilkan sentuhan buatan tangan. Antaranya ialah jahitan halus dan perincian lukisan tangan, memberikan rasa eksklusif yang hampir menyerupai kasut tempahan khas.

Rekaan Istimewa LV Buttersoft Sneaker

Dari segi rekaan, kasut ini hadir dengan outsole getah berlapis yang anjal serta bahagian atas daripada suede anak lembu yang ultra lembut. Pilihan warna merah jambu cerah dan putih mencerminkan personaliti J-Hope yang ceria, hangat dan penuh tenaga. Tali kasut yang lebar dan bertekstur turut dihiasi dengan aksesori Monogram cloche-clé. Manakala hujung tali dicetak dengan kata-kata “Your, My Hope”. Menjadi satu rujukan simbolik kepada nama pentas dan semangat optimistik beliau.

LV BUTTERSOFT SNEAKER J-HOPE

Perincian lain turut menyerlahkan identiti kolaborasi ini. Label tekstil yang diadaptasi daripada beg ikonik Louis Vuitton Speedy P9 bag ditempatkan pada bahagian bawah lidah kasut. Sementara itu,  bahagian luar lidah menampilkan patch kulit dengan cap logo khas yang menggabungkan cop “Louis Vuitton Paris” bersama tandatangan J-Hope.

Elemen warisan Louis Vuitton turut diterapkan melalui enchapes kulit pada bahagian tumit dan hujung kasut. Rekaan ini yang mengimbau rekaan bagasi klasik jenama tersebut. Menariknya, tersembunyi di bawah enchape tumit adalah set charm rahsia berbentuk tupai dan acorn. Ia ialah simbol yang pasti dikenali oleh peminat setia J-Hope.

LV BUTTERSOFT SNEAKER J-HOPE

Sejak menyertai keluarga Louis Vuitton sebagai duta jenama pada tahun 2023, J-Hope telah mempamerkan keserasian semula jadi dengan semangat jenama yang menekankan kreativiti visionari, seni dan ekspresi diri. Kolaborasi ini, yang pertama kali diperkenalkan pada Disember 2025. Kemudian, ia mencapai kemuncaknya dengan pelancaran global LV Buttersoft Sneaker pada 30 April 2026, selepas pra-pelancaran eksklusif di Korea Selatan bermula 25 Mac 2026.

Kolaborasi ini bukan sekadar menghasilkan sepasang kasut, tetapi turut meraikan pertemuan antara muzik, fesyen dan identiti – satu manifestasi gaya kontemporari yang penuh karakter dan cerita.

Pautan berkaitan: ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI MATTHEW WILSON UNTUK OAKLEY KE JOHN GALLIANO KE ZARA

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
fesyen musim panas lelaki

FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut