KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
Bertempat di Suria KLCC pada 23 April 2026, sebuah acara eksklusif telah dianjurkan bagi meraikan keindahan seni pembuatan jam tangan. Acara ini menghimpunkan barisan tetamu jemputan dalam suasana elegan dan sofistikated.
Sejak melangkah masuk ke butik Cortina Watch, para tetamu disambut dengan pengalaman imersif yang memberi fokus kepada tiga jenama ternama dunia iaitu Franck Muller, Bovet dan Parmigiani Fleurier. Setiap jenama diperkenalkan melalui sesi khas. Mereka bukan sahaja memperincikan sejarah dan keunikan, malah memberi peluang kepada tetamu untuk merasai sendiri kehalusan craftsmanship yang ditawarkan.

Sorotan utama dimulakan dengan Franck Muller menerusi koleksi ikonik Crazy Hours. Rekaan uniknya yang menampilkan susunan angka tidak konvensional jelas mencuri perhatian. Ia sekaligus mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan tetamu yang mencuba sendiri jam tangan tersebut.
Segmen seterusnya menampilkan Bovet, jenama yang sinonim dengan seni pembuatan jam tangan yang halus dan penuh perincian. Antara yang menjadi tumpuan ialah penampilan Zarif Ghazzi, yang tampil penuh gaya sambil menggayakan salah satu rekaan Bovet, mencerminkan gabungan elegan antara fesyen dan horologi.

Pengalaman diteruskan dengan Parmigiani Fleurier sebagai penutup sesi. Jenama ini menonjolkan ketelitian serta inovasi dalam setiap rekaan, sekali gus memperlihatkan dedikasi tinggi terhadap seni pembuatan jam tangan mewah. Setiap helaian masa yang dipamerkan mendapat perhatian dan pujian daripada para tetamu yang hadir.
Kehadiran GL Gang Sebagai Tetamu
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran personaliti terkenal seperti Adib Aidil, Pipi Razi, Aazief Khalid, Muhammad Shaffuan dan Hadri Hashim. Turut kelihatan memeriahkan suasana ialah Amin Daniel, Daniel Cheang, Ammar Petra, Kuyin, Danial Bogers dan Adam Shafique.

Selepas sesi pengenalan, para tetamu, GL Gang bebas mencuba pelbagai koleksi jam tangan sambil menikmati suasana santai yang eksklusif. Acara turut diserikan dengan alunan muzik oleh DJ Daniel Amin Fleischer, selain hidangan kanape yang melengkapkan pengalaman sosial pada malam tersebut.

Lebih daripada sekadar acara pameran, kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meraikan dunia horologi mewah. Ia juga menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara jenama dan komuniti pencinta jam tangan di Malaysia—satu gabungan gaya hidup, seni dan inovasi yang terus relevan dalam landskap moden hari ini.
Pautan berkaitan: EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Kerjaya ALVN dibentuk melalui usaha konsisten, disiplin dan keberanian untuk mencuba pelbagai cabang industri hiburan.
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU
Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI
Zarif Ghazzi semakin mencuri perhatian sejak berlakon dalam drama hit Khunsa dan Seribu Tahun. Zarif menghiasi cover digital Februari 2026.
WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN ‘SECOND LEAD SYNDROME’
Zarif Ghazzi mungkin menjadi pelakon Malaysia yang memberikan second lead syndrome dengan watak-watak yang pernah dilakonkan olehnya.
9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Barisan selebriti popular menjadi rebutan jenama koleksi baju raya. Siapakah 9 duta jenama koleksi baju raya 2026?











