Skip to content

RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

Kongsikan artikel ini

RIMOWA kekal sebagai jenama fesyen gaya hidup yang menyerlah dengan koleksi Essential dan Groove mereka bersama dua rona baharu. 

Rumah bagasi mewah Jerman, RIMOWA terus meraikan ekspresi diri dan keberanian dalam reka bentuk menerusi pelancaran dua rona baharu yang cukup menyerlah. Orange dan Magenta menjadi watak utama koleksi RIMOWA Essential dan Groove mereka. Diperkenalkan sebagai warna bermusim terkini, kedua-dua rona ini membawa semangat optimistik serta estetika ekspresif yang diinspirasikan daripada gerakan seni dan reka bentuk pop yang berani.

Orange tampil dengan tenaga yang segar dan dinamik, melambangkan keterujaan terhadap pengalaman baharu dan semangat pengembaraan moden. Sementara itu, Magenta hadir sebagai rona fuchsia yang dalam dan bercahaya, membawakan aura sofistikated dengan sentuhan playful yang penuh karakter. Digabungkan bersama, kedua-dua warna ini mencipta satu naratif visual yang eklektik, bertenaga dan penuh ekspresi.

RIMOWA Essential Groove

Kempen pelancaran ini turut menampilkan pelakon Sepanyol terkenal Rossy de Palma. Dia menghidupkan mood koleksi ini menerusi visual penuh artistik di sebuah kediaman berwarna-warni yang dipenuhi objek dekorasi pilihan. Ini termasuk bagasi dan aksesori RIMOWA dalam rona Orange dan Magenta.

Diperbuat daripada material polikarbonat premium, koleksi Essential mengekalkan identiti ikonik RIMOWA menerusi kemasan monokromatik yang kemas dan sofistikated. Setiap bagasi dilengkapi teknologi serta kemahiran pertukangan warisan maison ini seperti pemegang teleskopik tanpa peringkat. Contohnya sistem Multiwheel, kunci TSA-approved serta tag alamat kulit eksklusif.

RIMOWA Essential Groove

Bahagian dalam pula direka dengan sistem organisasi dwi-kompartmen yang praktikal. Satu ruang berzip penuh untuk memastikan barangan tersusun rapi, manakala satu lagi menampilkan sistem Flex Divider ikonik RIMOWA yang membantu memaksimumkan ruang simpanan ketika mengembara. Seperti semua bagasi RIMOWA, koleksi Essential turut didatangkan dengan jaminan seumur hidup.

RIMOWA Groove Cross-Body Bag Small

Melengkapkan pelancaran ini ialah RIMOWA Groove Cross-Body Bag Small dalam rona Orange, diperbuat di Itali menggunakan kulit anak lembu yang lembut dan licin. Beg ini menawarkan fleksibiliti gaya menerusi tali boleh laras dan boleh tanggal. Selain itu, pemegang yang diinspirasikan daripada reka bentuk bagasi klasik RIMOWA. Ia boleh digayakan sebagai beg silang badan, beg bahu atau handbag, menjadikannya aksesori ideal untuk gaya perjalanan moden.

Dalam masa yang sama, koleksi Groove turut diperluaskan dengan pilihan warna baharu lain seperti Chalk dan Cognac untuk Groove Cross-Body Bag. Manakala Groove Shopping Bag kini hadir dalam rona Burgundy yang lebih mewah dan elegan. RIMOWA turut memperkenalkan rangkaian aksesori perjalanan dalam rona Orange termasuk Trifold Toiletry Pouch dan Packing Cubes. Semua ini bagi mencipta pengalaman perjalanan yang lebih tersusun dan penuh gaya.

Pautan berkaitan: TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIMOWA MERAKAM PERJALANAN IKONIK MICHELLE YEOH DALAM SIRI FILEM PENDEK BAHARU

Bacaan Lanjut
RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN

RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut
RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

Bacaan Lanjut
koleksi terbaik

KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut