Skip to content

ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Kongsikan artikel ini

Ikmal Amry, Amir Ahnaf dan ramai personaliti tempatan lain yang menyertai cabaran kecergasan HYROX baru-baru ini. Satu fenomena baharu yang sangat menginspirasikan. 

Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia yang mahu menguji ketahanan fizikal serta mental mereka di pentas antarabangsa.

Ikmal Amry

Antara nama yang menjadi perhatian ialah Ikmal Amry yang dilihat aktif menjalani latihan intensif sejak beberapa bulan lalu. Kehadirannya di HYROX membuktikan dia bukan sahaja bergelar pelakon, malah telah serius dalam menjaga kecergasan tubuh badan.

Amir Ahnaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

Turut menyertai cabaran ini ialah Amir Ahnaf. Pelakon filem Tarung: Unforgiven ini berkongsi persiapan latihannya di media sosial dan menerima sokongan peminat yang teruja melihat transformasi gaya hidup sihatnya.

Dini Schatzmann

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

Selain itu, Dini Schatzmann juga tidak ketinggalan menyahut cabaran HYROX di Seoul. Dikenali dengan imej aktif dan versatil, penyertaannya menyerlahkan semangat kompetitif serta disiplin tinggi dalam dunia kecergasan. Dini menyertai HYROX doubles bersama Hairul Azreen. 

Nama lain yang turut mencuri tumpuan ialah Hairul Azreen. Sememangnya terkenal dengan aksi lasak dan gaya hidup aktif, Hairul dilihat sebagai antara peserta yang paling bersedia untuk menempuh cabaran berintensiti tinggi itu. Bersama Dini Schatzmann, Hairul mencabar daya ketahanan diri. 

Fazziq Muqris

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

Melengkapkan senarai ialah Fazziq Muqris yang turut membawa aura positif kepada komuniti fitness tempatan. Penyertaannya memberi inspirasi kepada golongan muda untuk lebih aktif dan berani mencuba sesuatu yang baharu.

Penyertaan lima personaliti ini bukan sahaja memeriahkan penyertaan HYROX, malah membuktikan bahawa gaya hidup sihat kini semakin mendapat tempat dalam kalangan selebriti Malaysia.

Adib Aidil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADIB AIDIL (@adibbaidil)

Adib Aidil, seorang juruterbang serta content creator berpengaruh yang aktif berkongsi gaya hidup sihat dan rutin kecergasan di media sosial. Penyertaan Adib dalam HYROX membuktikan bahawa disiplin seorang juruterbang juga mampu diterjemahkan dalam arena sukan berprestasi tinggi.

Artikel berkaitan: 7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

Bacaan Lanjut
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN

KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPURA, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK

7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK

Bacaan Lanjut
shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut

“WILL YOU MARRY ME?” SYED SADDIQ MELAMAR BELLA ASTILLAH DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut