Skip to content

ALPHA

5 LAGU ALPHA MESTI TAHU SEMPENA DEBUT ALBUM PERTAMA ALPHA JUN INI!

Kongsikan artikel ini

Menjelang pelancaran album debut pertama mereka yang dijangka berjudul The First Wave, kumpulan ALPHA telah memperkenalkan beberapa lagu yang berjaya menarik perhatian peminat muzik tempatan. Berikut ialah lima lagu yang menjadi antara karya penting mereka sebelum album penuh dilancarkan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @alphaofficialmy

“Mona Lisa (Bang Bang)”

Lagu debut yang memperkenalkan identiti muzik ALPHA kepada peminat. Dengan gabungan elemen pop moden, koreografi bertenaga dan visual yang segar, lagu ini menjadi titik permulaan perjalanan kumpulan tersebut dalam industri muzik Malaysia. Single pertama yang menjadi titik permulaan sempurna buat ALPHA menawan pasaran muzik lokal

“P. Ramlee & Saloma”

Berbeza daripada single pertama, lagu ini tampil sebagai balada yang lebih emosional dan matang. Ia diinspirasikan daripada kisah cinta legenda seni negara, sekali gus memperlihatkan sisi versatil ALPHA dari segi vokal dan persembahan.

Penerimaan terhadap P. Ramlee & Saloma terus memberangsangkan apabila lagu itu mencatat lebih 5 juta tontonan di YouTube dan penstriman berjuta di Spotify setakat artikel ini ditulis. Lantas, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara lagu tempatan yang mendapat perhatian ramai.

“Sahabat”

Sebuah lagu yang mengetengahkan nilai persahabatan dan sokongan antara rakan. Karya ini membantu mengukuhkan lagi hubungan ALPHA dengan peminat yang semakin berkembang.

“Bujang”

Lagu yang membawa suasana lebih santai dan ceria, sesuai dengan imej muda kumpulan ini. Ia menunjukkan kemampuan ALPHA untuk bereksperimen dengan pelbagai gaya muzik. Sebelum dibawakan oleh ALPHA, lagu ini terlebih dahulu dirakam dan dipersembahkan oleh Hael Husaini.

“Gelato”

Single yang diumumkan sebagai antara lagu utama menjelang album debut mereka. Dengan melodi yang segar dan moden, “Gelato” menjadi antara karya yang paling dinantikan oleh peminat sebelum pelancaran rasmi album The First Wave pada Jun nanti.

Artikel berkaitan: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?

Bacaan Lanjut
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

Bacaan Lanjut
ALPHA'S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

Bacaan Lanjut

NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

Bacaan Lanjut