Skip to content

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

Kongsikan artikel ini

Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki. 

Dunia menswear kini semakin berevolusi dengan elemen-elemen kecil yang dahulu dianggap feminin, kini menjadi simbol gaya yang kuat. Salah satu trend yang semakin mencuri perhatian ialah bag charm. Aksesori kecil yang digantung pada beg tangan atau tote, tetapi memberi impak besar pada keseluruhan penampilan.

Jika dahulu bag charm lebih sinonim dengan gaya playful atau aksesori wanita, kini ia telah diangkat menjadi sebahagian daripada bahasa fesyen lelaki moden. Dari runway ke street style, trend ini semakin jelas dipopularkan oleh selebriti dan ikon fesyen global.

Dari Runway Ke Gaya Harian Selebriti

Fenomena ini semakin ketara apabila beberapa nama besar dalam industri hiburan dan fesyen mula menjadikannya sebahagian daripada identiti gaya mereka. Antaranya termasuk ahli kumpulan BTS, Jimin yang dilihat dengan gaya aksesori luxury seperti Dior. Jimin menggayakan bag charm rekaan Jonathan Anderson ketika dalam perjalanan ke Paris untuk Paris Fashion Week yang lalu.

bag charm lelaki

Selain itu, serta Felix dari Stray Kids juga kerap menggayakan item daripada Louis Vuitton dengan sentuhan aksesori yang lebih personal dan ekspresif. Duta Louis Vuitton ini tidak serik berkongsi gambar bersama setiap tas tangan yang digayakan dengan bag charm dari jenama itu.

bag charm lelaki

Tidak ketinggalan, Bang Chan juga sering dilihat membawa beg dengan elemen styling yang bold, termasuk hiasan kecil yang menambah karakter pada outfitnya. Bag charm dari FENDI menjadi pilihan duta jenama itu.

bag charm lelaki

Di pentas fesyen pula, figura seperti Pharrell Williams yang kini memegang peranan penting dalam dunia Louis Vuitton, turut memperkuatkan trend aksesori sebagai sebahagian daripada storytelling dalam gaya lelaki moden. Sementara itu, personaliti fesyen dari Asia seperti PP Krit turut memainkan peranan dalam mempopularkan gaya aksesori yang lebih berani dan estetik di rantau ini.

Kenapa Bag Charm Jadi Trend Lelaki?

Trend ini mencerminkan perubahan besar dalam cara lelaki melihat fesyen. Daripada minimal dan selamat, kepada lebih personal dan ekspresif. Bag charm memberi peluang untuk menambah sentuhan individuality tanpa perlu mengubah keseluruhan outfit.

Ia juga selari dengan pergerakan menswear moden yang semakin terbuka kepada elemen playful, Y2K nostalgia dan customization. Dalam dunia fesyen hari ini, beg bukan lagi sekadar fungsi. Tetapi, kanvas untuk menceritakan identiti. Dan bag charm menjadi “signature kecil” yang membuatkan sesuatu gaya itu lebih hidup dan personal.

Bag charm mungkin kelihatan seperti detail kecil, tetapi impaknya besar dalam landskap menswear hari ini. Ia bukan sekadar aksesori tambahan, tetapi simbol bagaimana lelaki moden kini semakin berani bereksperimen dengan gaya tanpa batasan.

Pautan berkaitan: STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

GAYA LELAKI MODEN DENGAN LINEN DI CUACA PANAS

Bacaan Lanjut