FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
FRANCK MULLER MEMPERLUASKAN KOLEKSI VANGUARD DENGAN MERAIKAN SENI KETUKANGAN PEDANG SAMURAI.
Koleksi Vanguard Damascus baharu oleh Franck Muller meraikan seni ketukangan purba keluli Damsyik. Keluli dengan kekuatan luar biasa dan corak tersendiri ini berasal dari bandar purba Damsyik, dimana bilah pertama ditempa dan kemudiannya diiktiraf secara global.
Diinspirasi daripada kemahiran purba di sebalik pedang Samurai, koleksi Damascus mempamerkan kepakaran Franck Muller dalam mentafsir semula legenda menjadi ciptaan pembuatan jam tangan kontemporari. Koleksi ini menampilkan aloi keluli tahan karat austenit bukan magnetik proprietari yang tahan lama dan tahan hentakan.

Vanguard Damascus ditempatkan dalam kes dan dail bercorak unik.
Koleksi ini memaparkan dua variasi utama, Vanguard Damascus dan Vanguard Damascus Racing. Setiap kes dan dail jam tangan memaparkan corak unik yang terbentuk secara semula jadi, dicapai melalui proses mandian asid. Vanguard Damascus menampilkan model tiga tangan, dilampiri dail keluli Damascus, numeral bersalut tembaga dan tarikh pada kedudukan pukul enam.

Vanguard Damascus dan Vanguard Damascus Racing daripada Franck Muller.
Vanguard Damascus Racing pula menunjukkan jam tangan skeleton atau rangka terbuka. Setiap angka dipotong secara individu daripada keluli Damascus, dilengkapi cakera tarikh dan subdail kaunter 60 saat. Kedua model dikuasakan oleh pergerakan self-winding dengan rizab kuasa 42 jam dan dilengkapi tali kulit grosgrain hitam dan buckle keluli Damascus. Wrist candy bersaiz 42mm ini juga kalis air sehingga 30 meter.
Ditubuhkan pada tahun 1991, House of Franck Muller terkenal dengan pembuatan jam tangan kontemporari. Setiap inovasi proprietari dan komplikasi teknikal eksklusif dihasilkan in-house di Genthod, Geneva.
Artikel berkaitan: 5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.











