KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI
Henley shirt kembali dalam dunia fesyen sebagai salah satu trend terkini dalam kalangan lelaki muda yang inginkan gaya lebih kasual.
Selama bertahun-tahun, Henley shirt sering dipandang sebagai helaian yang sudah ketinggalan zaman. Ramai mengaitkannya dengan trend fesyen lelaki era 2010-an apabila baju ini sering dipakai terlalu ketat bersama blazer yang juga terlalu sendat. Namun, pada tahun 2026, Henley kembali membuktikan bahawa ia masih relevan. Malah, lebih versatil daripada yang disangka.
Henley mendapat namanya daripada bandar Henley-on-Thames di England, lokasi yang terkenal dengan sukan mendayung. Pada asalnya, baju tanpa kolar dengan beberapa butang di bahagian leher ini direka sebagai lapisan asas (base layer) menggunakan fabrik kapas ringan bagi memberikan keselesaan dan pengudaraan kepada atlet.
Foto: @thh_cb dari X
Tidak lama kemudian, ia mula digunakan di luar dunia sukan. Menjelang awal abad ke-20, Henley menjadi pakaian harian buat lelaki daripada pelbagai latar belakang. Di United Kingdom, ia sering dipakai di bawah kemeja, manakala di Amerika Syarikat pula, ia menjadi pilihan golongan pekerja lasak dan koboi kerana ketahanan serta keselesaannya.
Kenapa Henley Masih Menarik?
Apa yang membezakan Henley daripada T-shirt biasa ialah perincian plaket berbutang pada bahagian leher. Elemen kecil ini memberikan karakter yang lebih maskulin dan kemas tanpa perlu kelihatan terlalu formal.
Tidak hairanlah ramai bintang Hollywood seperti Idris Elba, Michael B. Jordan dan Alan Ritchson sering dilihat mengenakan Henley. Sama ada dalam filem mahupun gaya harian mereka. Potongannya yang ringkas tetapi menyerlah menjadikannya pilihan ideal untuk menampilkan fizikal dengan lebih baik tanpa kelihatan berlebihan.

Foto: Getty Image
Kini, pengaruh Henley turut menular ke dunia K-pop. Ramai idola lelaki memilih helaian ini kerana ia memberikan keseimbangan antara gaya kasual dan maskulin. Ryul (LNGSHOT) pernah tampil dengan Henley dalam gaya minimalis yang dipadankan bersama denim. Dalam konsert RUN IT Stray Kids baru-baru ini, Changbin menggayakannya dengan siluet yang lebih fitted untuk menyerlahkan imej rugged.

Foto: @cortis dari Instagram
Seonghyeon (CORTIS) turut memilih Henley sebagai sebahagian daripada gaya streetwear moden. Sementara itu, salah satu gaya ikonik V (BTS) bersama Henley shirt membuktikan helaian klasik ini boleh kelihatan mewah.
Pilih Fabrik Yang Tepat
Salah satu sebab Henley kembali popular ialah pilihan fabrik yang lebih menarik. Selain kapas biasa, kini terdapat Henley dalam fabrik waffle knit, slub cotton dan kapas bertekstur yang memberikan dimensi tambahan pada keseluruhan penampilan. Fabrik yang lebih tebal juga menjadikan Henley sesuai dipakai bersendirian tanpa memerlukan lapisan tambahan, sekali gus memberikan imej yang lebih premium dan maskulin.
Klasik Yang Layak Diberi Peluang Kedua
Henley mungkin pernah melalui zaman kejatuhan dari sudut fesyen, tetapi ia kini kembali sebagai antara item asas yang paling versatil dalam almari lelaki moden. Dengan potongan yang lebih longgar, fabrik yang berkualiti serta teknik layering yang tepat, Henley mampu menjadi alternatif menarik kepada T-shirt berkolar bulat mahupun polo.
260717 🎥 dailyfashion_news
Wasted AREA: 2nd EDITION Party#률 #RYUL #롱샷 #LNGSHOT pic.twitter.com/L45nptovNO
— 🦍 (@terjemahinRYUL) July 17, 2026
Sama ada anda lebih cenderung kepada gaya rugged ala Hollywood atau minimalis seperti yang sering dipamerkan idola K-pop, Henley ialah satu pelaburan fesyen yang sukar untuk dipertikaikan. Kadangkala, trend terbaik bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi helaian klasik yang diberi nafas moden. Dan untuk tahun 2026, Henley shirt membuktikan bahawa ia sememangnya layak diberi peluang kedua.
Pautan berkaitan: IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
KATSEYE, ILLIT & LE SSERAFIM CURI PERHATIAN, 5 LAGI KOLABORASI RENTAS KUMPULAN K-POP YANG IKONIK
Kolaborasi antara kumpulan K-Pop seperti KATSEYE, ILLIT dan LE SSERAFIM sudah lama berlaku, dengan lagu-lagu yang juga ikonik.
KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026
2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
Kini K-Pop sudah menyerang dunia muzik, tetapi terdapat lagu-lagu K-Pop yang amat popular dan menjadi bukti populariti K-Pop sepanjang zaman.
GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR
Ratu muzik genre-bending dari JYP Entertainment, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025 ini di K-Wave Super Concert.











