Skip to content

ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN

ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN

Kongsikan artikel ini

Zeve hadir dengan koleksi terbaharu mereka, khas buat lelaki moden yang ingin tampil bergaya dan kemas, koleksi Men Of Measure. 

Dalam dunia fesyen lelaki, gaya tidak lagi sekadar tentang penampilan yang mencuri perhatian. Sebaliknya, ia kini lebih tertumpu kepada karakter, keyakinan dan ketelitian dalam setiap pilihan. Bertepatan dengan falsafah itu, jenama fesyen tempatan ZEVE memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Men of Measure, yang meraikan keanggunan moden menerusi potongan santai, fabrik ringan dan rekaan yang cukup sofistikated.

Mengangkat tema “Some men dress to be seen. A Man of Measure dresses to be remembered,” koleksi ini direka khas buat lelaki yang menghargai gaya yang tenang, matang dan berkualiti tanpa perlu berlebihan.

Head To Toe, Dari ZEVE Buat Lelaki Moden

Sut Moden Dengan Sentuhan Lebih Santai

Melalui Men of Measure, ZEVE memberi nafas baharu kepada sut klasik dengan siluet yang lebih relaks serta proporsi yang lebih kontemporari. Hasilnya, setiap helaian menawarkan keseimbangan antara formaliti dan keselesaan, sesuai dipakai untuk pelbagai acara daripada mesyuarat korporat hinggalah majlis istimewa.

Koleksi ini memperkenalkan sembilan blazer regular fit yang hadir dalam dua pilihan potongan iaitu single-breasted dan double-breasted.

Bagi Single-Breasted Suit Blazer, pilihan warna yang ditawarkan ialah Charcoal Grey, Ivory Beige, Midnight Black, Mocha Brown dan Oxford Blue.  Sementara itu, Double-Breasted Suit Blazer pula hadir dalam rona Graphite Grey, Deep Navy, Golden Khaki serta Midnight Black.

zeve men of measure

Kemeja Klasik Pelengkap Penampilan

Melengkapkan koleksi ini ialah dua rekaan kemeja formal yang mudah dipadankan bersama sut mahupun dipakai secara berasingan. Antaranya ialah Two-Toned Shirt – White Blue Stripe dengan kemasan button-down collar, serta White Oxford Shirt, pilihan klasik yang sentiasa relevan dalam almari setiap lelaki.

zeve men of measure

Kasut Premium Yang Mengutamakan Kualiti

Selain pakaian, Men of Measure turut menampilkan rangkaian kasut premium ZEVE yang menggabungkan rekaan formal klasik dengan sentuhan moden. Dihasilkan menggunakan kulit full-grain berkualiti tinggi, setiap pasang kasut dijahit tangan dan dilengkapkan dengan lapisan dalaman yang lembut untuk memastikan keselesaan serta ketahanan dalam pemakaian harian.

Antara model kasut yang diperkenalkan ialah:

  • Duke Penny Loafer
  • Caven Slip-On Oxford
  • Wholecut Oxford Black Patent Leather
  • Darien Penny Loafer
  • Calder Ease Oxford
  • Edmond Bit Loafer
  • Leon Slip Sneakers

zeve men of measure

Gaya Yang Tidak Pernah Perlu Bising

Menurut Zaid Arif, koleksi ini dibangunkan berasaskan kepercayaan bahawa keanggunan sebenar hadir secara semula jadi. “Men of Measure mencerminkan kepercayaan kami bahawa kehalusan dalam gaya seharusnya terasa natural. Setiap siluet, fabrik dan kemasan dihasilkan dengan penuh penelitian. Ini ialah koleksi untuk lelaki yang menghargai kualiti, bergerak dengan tujuan dan memahami bahawa gaya yang berkekalan tidak pernah tergesa-gesa, tidak terlalu lantang dan tidak berlaku secara kebetulan.”

Dengan palet warna yang minimalis, jahitan yang versatil serta ketelitian dalam setiap perincian, Men of Measure membuktikan bahawa fesyen lelaki moden tidak semestinya mencolok untuk meninggalkan impak. Sebaliknya, ia hadir melalui keyakinan, kesederhanaan dan kualiti yang mampu bertahan merentasi masa.

Pautan berkaitan: KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ZEVE PERKENAL THE QUIET SHIFT, EKSPRESI BAHARU MENSWEAR KONTEMPORARI

ZEVE PERKENAL THE QUIET SHIFT, EKSPRESI BAHARU MENSWEAR KONTEMPORARI

Bacaan Lanjut