Skip to content

SITI NURHALIZA DAN NORANIZA IDRIS BAKAL BERGANDING DI KONSERT GEMA BUMANTARA

SITI NURHALIZA DAN NORANIZA IDRIS BAKAL BERGANDING DI KONSERT GEMA BUMANTARA

Kongsikan artikel ini

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal berkongsi pentas dengannya pada persembahan mega itu.

Konsert Gema Bumantara  bakal berlangsung pada 17 Oktober depan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Konsert ini bakal menjadi sebuah perayaan besar yang mengangkat muzik tradisional Melayu serta warisan budaya Nusantara ke pentas berskala antarabangsa. Teka-teki mengenai penyanyi undangan Konsert Tradisional Gema Bumantara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, sebagai salah seorang artis jemputannya.

Menurut Biduanita Negara, pemilihan Noraniza dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan besar penyanyi berkenaan dalam memperjuangkan muzik tradisional Melayu sepanjang lebih tiga dekad dalam industri seni tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Noraniza seorang yang saya hormati dan dia kena ada bersama saya pada konsert ini. Syukur dia sudi menerima lamaran saya untuk sama-sama terlibat dalam konsert ini,” ujar Siti Nurhaliza.

Bagi Siti, kehadiran Noraniza bukan sahaja melengkapkan konsep persembahan. Malah, memperkukuhkan lagi mesej utama Gema Bumantara yang mahu meraikan identiti seni dan budaya Nusantara.

“Saya mahu memastikan muzik warisan indah ini dapat dinikmati oleh generasi muda serta pelancong yang datang ke Malaysia. Ini bukan untuk saya seorang, tetapi buat semua pihak yang selama ini memperjuangkan muzik irama tradisional,” tambahnya.

Kedua-Dua Penyanyi Lagenda Irama Malaysia

Sementara itu, Noraniza Idris yang turut dikenali sebagai Ratu Etnik Kreatif meluahkan rasa syukur. Dia turut berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert tersebut. Kolaborasi antara dua figura besar muzik tradisional ini sememangnya dinantikan ramai, memandangkan kedua-duanya mempunyai sejarah panjang dalam memperkenalkan irama Malaysia kepada peminat muzik tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Malah, Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris pernah bergandingan menerusi album tradisional Seri Balas pada tahun 1999 yang menampilkan lagu popular seperti Hati Kama. Album berkenaan diterbitkan oleh komposer tersohor Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Selain Noraniza Idris, Konsert Gema Bumantara turut menampilkan penyanyi Haziq Rosebi. Selain itu, dua bintang dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar sebagai artis undangan. Pementasan yang diarahkan muziknya oleh Mohamad Sharhan Syazwan Mohd. Ashri atau Chaan ini dijangka membawa pengalaman berbeza kepada penonton menerusi gabungan muzik, budaya dan elemen persembahan yang penuh warna-warni.

Dengan penyatuan dua nama besar dalam dunia irama tradisional Melayu, Gema Bumantara bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah penghormatan kepada warisan seni yang terus hidup merentasi generasi.

Pautan berkaitan: KM CHART AWARDS 2026: SELEBRITI DI KARPET MERAH SERTA PEMENANG ANUGERAH!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY

GIORGIO ARMANI I WILL, WANGIAN YANG MERAIKAN KEKUATAN TEKAD DAN KEAZAMAN BERSAMA JONATHAN BAILEY

Bacaan Lanjut
5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

KUDRAT 1968 REVEAL THE CAST! SIAPA PELAKON UTAMA FILEM INI?

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut