Skip to content

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

Kongsikan artikel ini

Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah, termasuk Bella Astillah.

KLFW 2026 mungkin sudah berakhir, namun terdapat satu selebriti yang kekal menjadi tumpuan sepanjang minggu itu, iaitu Bella Astillah. Daripada kemuculannya pada malam pertama iaitu Rizman Ruzaini hinggalah malam penutup Hatta Dolmat, penyanyi memukau 32 tahun ini hadir mengikut tema pada setiap pertunjukan yang dilangkahinya.

 

Rizman Ruzaini

Dengan bertemakan Lemari Nyonya, Bella hadir di Rizman Ruzaini dengan penuh glamor. Gaun birunya berbahu tegap dan dipenuhi manik berkilauan, sebelum digayakan dengan beg dan kasut perak kromatik yang sepadan.

 

Fuzana Mokhtaza

Her Hour: In Her Own Time oleh Fuzana Mokhtaza menampilkan sisi Bella yang anggun dan ayu. Bella memakai blaus bahu terbuka yang dililit rapi serta skirt berumbai yang berayun dengan setiap pergerakan.

 

Zaimi Zulkafli

Bella melangkah ke pertunjukan Zaimi Zulkafli dengan solekan yang berani. Gincu rona gelapnya menjadi pelengkap buat gaun paras lutut berona oren lembut. “Pengalaman ZAIMIZULKAFLI pertama saya di KLFW, dan satu pengalaman yang sangat istimewa. Lebih bermakna lagi apabila dapat memakai pakaian cantik yang dihadiahkan oleh Zaimi sendiri.” ujar Bella di perkongsian Instagramnya.

 

Hatta Dolmat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Sebagai penutup KLFW, Bella duduk bersebelahan bersama Fazura menjadi tetamu duo yang mempersona. Gaun lengan panjangnya bergradien coklat ke biru, digayakan dengan beg labuci sebagai pemberi statement.

Artikel berkaitan: 8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
ADAKAH KLFW DI KLCC PARK SATU LANGKAH YANG BIJAK?

ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?

Bacaan Lanjut