5 FILEM FIGHTER PATUT TONTON DI NETFLIX
Suka aksi, pertarungan sengit dan watak yang kental? Ini 5 filem fighter di Netflix yang wajib masuk watchlist anda sekarang!
Daripada seni mempertahankan diri hingga misi penuh bahaya, setiap filem menawarkan aksi dengan gaya tersendiri. Jadi, kalau anda perlukan tontonan yang lebih intense hujung minggu ini, 5 filem ini boleh jadi pilihan.
01. GAYONG 2
Kalau mahu sokong filem tempatan sambil menikmati aksi persilatan, Gayong 2 memang patut berada dalam radar. Filem ini meneruskan kisah Meor, seorang pendekar silat yang menjadi anggota polis di Singapura pada era 1950-an. Dengan elemen silat, gangster dan konflik jenayah, filem ini memberikan sentuhan yang lebih gritty kepada kisah persilatan Melayu.
Vibe: Silat, gangster, sejarah dan lokal pride.
02. ALPHA
Alia Bhatt dan Sharvari masuk mode spy. Alpha membawa dunia perisik Bollywood dengan dua ejen wanita yang perlu berdepan misi berbahaya dan pelbagai ancaman. Selain aksi, filem ini turut bermain dengan hubungan antara dua watak utamanya, menjadikannya lebih daripada sekadar cerita tembak-menembak. Kalau anda suka watak wanita yang strong, stylish dan tak tunggu sesiapa datang menyelamatkan mereka, this one’s for you.
Vibe: Spy, female fighter, Bollywood dan high-stakes action.
03. HUMINT
Bagi peminat Korean action, Humint membawa anda ke dunia operasi perisik yang lebih serius. Ceritanya mengikuti ejen Korea Selatan yang terlibat dalam operasi memburu sindiket dadah di Rusia sebelum konflik dengan ejen Korea Utara mula menjadi semakin rumit. Dengan barisan pelakon seperti Zo In-sung, Park Jeong-min dan Park Hae-joon, filem ini sesuai untuk anda yang mahukan aksi dengan sedikit political tension dan cerita yang lebih gelap.
Vibe: Korean thriller, spy, crime dan intense.
04. WAR MACHINE
Kalau anda mahukan aksi yang lebih besar, War Machine membawa konsep military action ke tahap yang agak gila. Kisahnya mengikuti sekumpulan tentera yang berdepan ancaman yang jauh lebih besar daripada apa yang mereka jangkakan. Gabungan military combat, survival dan sci-fi menjadikan filem ini pilihan untuk anda yang suka aksi berskala besar dan visual yang lebih blockbuster.
Vibe: Military, sci-fi, survival dan chaos.
05. THE DEBT COLLECTOR
Kalau anda suka aksi yang gritty dan penuh pembalasan, The Debt Collector wajib masuk watchlist. Filem ini dibintangi Nadech Kugimiya, Daou Pittaya Saechua dan Chaiwat Thongsaeng, dan mengikuti seorang bekas pemungut hutang yang kembali ke dunia jenayah selepas menerima diagnosis penyakit yang membawa maut. Dengan aksi, jenayah dan survival yang cukup intense, filem ini memang sesuai untuk yang mahukan cerita fighter dengan vibe lebih gelap.
Vibe: Gritty, revenge, crime, action thriller.
Pautan berkaitan: 10 FILEM NETFLIX TERBAIK PADA 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!
Drama di Netflix akan sentiasa bertambah dengan pelbagai pilihan, dan boleh dipilih mengikut genre kesukaan kita untuk dijadikan tontonan.
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.
KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY
Gabungan di antara wajah kacak, pesona semula jadi, dan bakat lakonan yang sedang melonjak naik dalam industri K-Drama, Lee Chae-min.











