7 PERKARA KECIL YANG BOLEH BUAT LELAKI NAMPAK LEBIH BERGAYA
Tidak perlu almari penuh dengan pakaian berjenama untuk mengubah penampilan. Kadangkala, perkara kecil yang sering dipandang remeh sebenarnya mampu buat anda tampil lebih bergaya.
Gaya peribadi bukan semata-mata tentang apa yang anda pakai. Cara pakaian itu jatuh pada tubuh, keadaan kasut, aksesori yang dipilih dan bagaimana anda menjaga diri semuanya memainkan peranan. Untuk lelaki, perkara kecil yang seringkali terlepas pandang ialah perkara yang sebenarnya mampu mengubah gaya. Mungkin bagi kebanyakkan orang perkara ini tidak membantu, tetapi jika diperhatikan dengan lebih mendalam, we need to get back to the base.
Untuk lelaki yang mahu kelihatan lebih polished tanpa terlalu mencuba, tujuh perkara kecil ini mungkin boleh menjadi permulaan untuk tampil bergaya.
#1 PANJANG SELUAR YANG TEPAT
Jangan pandang remeh panjang seluar. Seluar yang terlalu panjang boleh membuatkan penampilan kelihatan tidak kemas, manakala potongan yang terlalu pendek pula mungkin mengganggu proporsi keseluruhan. Cari panjang yang jatuh dengan kemas di atas kasut tanpa menghasilkan terlalu banyak lipatan kain. Untuk seluar tailored, sedikit break sudah memadai. Untuk gaya yang lebih santai, potongan yang sedikit cropped juga boleh memberikan siluet lebih moden.
Tip GL: Jika seluar kegemaran anda terasa hampir sempurna tetapi panjangnya sedikit terlebih, bawa sahaja kepada tukang jahit. Perubahan kecil boleh memberikan perbezaan besar.

Sandro Wide-leg trousers
#2 INVESTASI PADA JAM TANGAN YANG BAIK
Anda tidak memerlukan koleksi jam tangan yang banyak. Sebuah jam tangan yang sesuai dengan gaya peribadi sudah cukup untuk menaikkan penampilan. Pilih rekaan yang versatile dan mudah dipadankan dengan pakaian harian. Sama ada jam berantai besi untuk gaya lebih polished atau tali kulit untuk penampilan klasik, aksesori ini boleh menjadi sentuhan terakhir yang melengkapkan outfit. Anggap jam tangan sebagai signature piece, bukan sekadar alat untuk melihat waktu.

Fossil Neutra Chronograph Stainless Steel
#3 PASTIKAN KASUT SENTIASA BERSIH
Pakaian paling mahal sekalipun boleh kelihatan kurang menarik jika kasut tidak dijaga. Pastikan kasut bebas daripada kotoran, habuk dan kesan yang tidak sepatutnya. Kasut kulit boleh digilap secara berkala, manakala sneakers pula perlu dibersihkan mengikut materialnya. Dan tidak, kasut tidak perlu sentiasa baharu.
Tip GL: Kasut yang dijaga dengan baik sentiasa nampak lebih mahal.
Baca: 5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
#4 CARI WANGIAN SIGNATURE ANDA
Gaya bukan hanya sesuatu yang boleh dilihat. Wangian boleh menjadi sebahagian daripada identiti seseorang lelaki. Daripada aroma citrus yang segar hingga woody, musky atau spicy yang lebih sophisticated, pilih wangian yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda. Tidak perlu menyembur terlalu banyak. Beberapa semburan pada titik nadi sudah memadai. Matlamatnya bukan untuk membuat satu bilik tahu anda baru masuk, tetapi untuk membuat seseorang mengingati anda selepas anda pergi.

Giorgio Armani I WILL
#5 JANGAN PANDANG RENDAH PADA AKSESORI
Aksesori kecil boleh memberikan karakter kepada outfit yang paling basic. Cincin, rantai, gelang, sunglasses, belt atau beg yang dipilih dengan tepat boleh membuatkan penampilan kelihatan lebih intentional. Namun, jangan pakai semuanya sekali. Pilih satu atau dua aksesori yang benar-benar melengkapkan pakaian. Melainkan maximalism is your style, then go for it!
Tip GL: Less is more, tetapi less tidak bermaksud membosankan.

Gelang Sebagai Penambah Gaya
#6 TAILOR PAKAIAN ASAS ANDA
T-shirt putih RM50 yang mempunyai potongan sempurna boleh kelihatan lebih baik daripada kemeja mahal yang tidak sesuai dengan tubuh. Itulah kuasa fit. Perhatikan bahagian bahu, panjang lengan, lebar seluar dan panjang keseluruhan pakaian. Jika perlu, lakukan sedikit alteration untuk mendapatkan potongan yang lebih tepat. Anda tidak semestinya perlu membeli pakaian baharu. Kadangkala, anda hanya perlu memastikan pakaian yang sudah ada benar-benar sesuai dengan tubuh.
Baca: THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

Giorgio Armani Made To Measure
#7 GROOMING LEBIH PENTING DARIPADA STYLING BERLEBIHAN
Rambut kemas, kulit yang terjaga, kuku bersih dan wajah yang segar boleh memberikan impak lebih besar daripada menambah lima lagi aksesori pada outfit. Grooming yang baik menjadikan pakaian kelihatan lebih effortless kerana keseluruhan penampilan terasa terurus. Jadi sebelum bertanya, “Apa lagi yang patut saya pakai?”, cuba tanya dahulu, “Adakah saya sudah cukup kemas?”
GAYA SEBENARNYA ADA PADA DETAIL
Menjadi lelaki yang bergaya tidak semestinya memerlukan bajet besar atau almari yang penuh dengan trend terkini. Kadangkala, ia hanya tentang memastikan seluar mempunyai panjang yang tepat, kasut sentiasa bersih, pakaian mempunyai fit yang baik dan grooming tidak diabaikan. Kerana pada akhirnya, gaya yang paling menarik bukan yang paling mencuri perhatian. Tetapi, yang kelihatan effortless, kemas dan benar-benar mencerminkan diri anda.
Pautan berkaitan: TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING
Quiet power di dalam penggayaan menjadi salah satu kuasa buat lelaki yang ingin tampil penuh bergaya dengan penampilan peribadi mereka.
2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI
Tahun 2026 menandakan era baharu bagi lelaki Malaysia untuk meningkatkan teknik grooming mereka agar penampilan lebih rapi.
SET WANGIAN MUSIM PERCUTIAN BUAT LELAKI
Musim percutian ini merupakan masa yang sempurna untuk menghadiahkan lelaki tersayang anda dengan set-set wangian pilihan.
5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI
Bagi lelaki yang tahu nilai gaya dan keyakinan diri, memiliki produk grooming yang betul ibarat menemui holy grail peribadi.











