5 ACARA SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK ANDA TEROKAI HUJUNG MINGGU INI!
Terokai 5 acara sekitar Kuala Lumpur, dengan aktivit menarik untuk mengisi masa lapang anda sepanjang hujung minggu ini.
Minggu pertama September 2026 telah berakhir, dan hujung minggu bakal tiba. Selepas lima hari dipenuhi dengan rutin kerja dan kesibukan harian, mungkin sudah tiba masanya untuk keluar seketika daripada rutin yang sama dan meneroka apa yang Kuala Lumpur tawarkan. Tidak kira sama ada anda mencari aktiviti santai untuk mengisi masa lapang, mahu menikmati suasana pasar hujung minggu. Ataupun, menyokong acara seni dan budaya tempatan atau sekadar mencari tempat baharu untuk dikunjungi bersama rakan, minggu ini menawarkan pelbagai pilihan untuk anda terokai.
Kuala Lumpur sememangnya tidak pernah kekurangan aktiviti, lebih-lebih lagi apabila hujung minggu menjelang. Daripada kawasan Pasar Seni yang sentiasa meriah dengan komuniti kreatif. Pasar yang menghimpunkan jenama tempatan dan pilihan makanan, sehinggalah acara muzik serta festival yang berlangsung di tengah-tengah kota, setiap lokasi menawarkan pengalaman yang berbeza. Ada yang sesuai untuk anda datang bersama rakan, ada yang boleh dijadikan destinasi untuk menghabiskan waktu petang. Manakala sesetengahnya mungkin menjadi peluang untuk anda menemukan sesuatu yang tidak pernah anda jangka.
Menariknya, hujung minggu ini juga boleh menjadi alasan untuk memperlahankan sedikit rentak kehidupan. Tidak semestinya setiap hujung minggu perlu dipenuhi dengan jadual yang padat. Kadangkala, berjalan tanpa destinasi khusus, melihat hasil karya kreatif tempatan, mencuba makanan baharu atau sekadar menikmati suasana bandar sudah cukup untuk memberikan sedikit ruang kepada diri sendiri selepas seminggu bekerja.
Bagi yang sentiasa sibuk di hari minggu, ini masanya untuk merancang sesuatu yang lebih menarik. Sama ada anda seorang yang gemar seni dan budaya, peminat muzik, pencinta makanan, kaki pasar hujung minggu atau sekadar mahu mencari tempat untuk bersantai bersama teman, lima acara di sekitar Kuala Lumpur ini boleh dimasukkan ke dalam senarai anda.
Jadi, sebelum hujung minggu bermula, tandakan kalendar anda dan pilih acara yang paling menarik perhatian.
Berikut lima acara sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda terokai hujung minggu ini.
#1 Pasar Bumi x Pasar Seloka
Tarikh: 5 – 6 September 2026
Lokasi: Ardence Labs, Eco Ardence
Masa: 4PM – 10PM
#2 Pasar Malaya 2.0
Tarikh: 5 September 2026
Lokasi: The Federal, KL
Masa: 11AM – 7PM
View this post on Instagram
A post shared by The Living History Digital Museum (@thelivinghistoryproject)
#3 Rex KL Weekend Market – Rex KL
Tarikh: 4 – 6 September 2026
Lokasi: REX KL
Masa: 11AM – 10PM
#4 Gema Sehati
Tarikh: 4 – 6 September 2026
Lokasi: Central Market
Masa: 11AM – 8PM
View this post on Instagram
A post shared by Central Market Kuala Lumpur (@centralmarketkualalumpur)
#5 Unsupervised Market
Tarikh: 5 – 6 September
Lokasi: JAM PJ
Masa: 9AM – 6PM
Pautan berkaitan: BIG STAGE X ROCKETFUEL TAMAT DENGAN KEMENANGAN HUSSAIN!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUJUNG MINGGU DI LEMBAH KLANG, APA PATUT ANDA LAKUKAN?
Hujung minggu di Lembah Klang tidak akan pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda pilih.
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI
Hujung minggu di Kuala Lumpur akan sentiasa dipenuhi dengan acara-acara menarik buat peminat konsert, makanan mahupun seni.







