TAHNIAH JAZEMAN, KHAIRUL!
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelumba permotoran negara, Khairul Idham Pawi dan Jazeman Jaafar yang masing-masing dinobatkan sebagai Pelumba Motosikal (dua roda) dan Kereta Terbaik 2016 (empat roda) dalam majlis Anugerah Sukan Pemotoran Malaysia SIC-MAM yang berlangsung malam tadi.
Dengan jolokan SuperKip, Khairul Idham menerima anugerah itu apabila melakar sejarah muncul pelumba pertama negara memenangi perlumbaan Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman dalam Kejuaraan Motosikal Dunia musim lalu.
Manakala pelumba berbakat negara, Jazeman Jaafar merangkul anugerah tersebut selepas melaksanakan pemanduan cemerlang menjuarai saingan Blackpain GT di Litar Silverstone, tahun lepas.
Malam itu turut menyaksikan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memenangi Anugerah Pelumba Malaysia Pilihan Peminat.
Anugerah ini yang pertama kali dianjurkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan individu yang banyak menyumbang untuk pembangunan sukan permotoran negara. Tahniah kepada semua pemenang!
Sumber: Harian Metro
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.














