SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI
Sempena Suicide Prevention Month, banyak talian bantuan yang sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan, tidak kira masa.
Setiap tahun, September diperingati sebagai Suicide Prevention Month, sebuah inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan bunuh diri. Bulan ini juga mengetengahkan kepentingan sokongan terhadap mereka yang sedang bergelut secara emosi dan mental. Lebih daripada sekadar kempen kesedaran, bulan ini mengingatkan kita bahawa perbualan tentang kesihatan mental perlu dilakukan dengan lebih terbuka, empati dan tanpa stigma. Kesihatan mental seringkali dipandang ringan, terutamanya untuk golongan lelaki. Kekuatan fizikal semestinya tiada kaitan dengan kelemahan mental dan cara untuk merawat juga berbeza.

Setiap tahun, lebih 720,000 nyawa terkorban akibat bunuh diri di seluruh dunia, dengan golongan berusia 15 hingga 29 tahun antara kumpulan yang paling terkesan. WHO turut menegaskan bahawa bunuh diri merupakan isu kesihatan awam yang kompleks, dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosial, psikologi, budaya, biologi dan persekitaran. Kadangkala, satu soalan ringkas seperti “Awak okay?” boleh menjadi permulaan kepada perbualan yang sangat bermakna. Justeru, Suicide Prevention Month menjadi ruang untuk kita belajar mengenali tanda-tanda seseorang yang mungkin sedang berdepan kesukaran, mendengar tanpa menghakimi dan, yang paling penting, memastikan mereka tahu bahawa mereka tidak perlu menghadapinya seorang diri.
Untuk yang tidak tahu, terdapat banyak talian bantuan yang boleh dihubungi di Malaysia jika anda memerlukan bantuan. Sempena Suicide Prevention Month, GLAM Lelaki senaraikan lima talian bantuan di Malaysia yang boleh dihubungi sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan sokongan emosi, kaunseling atau bantuan segera.
#1 SNEHAM Malaysia
Talian: 1800 225 757/snehammalaysia@gmail.com
Waktu: 4PM – 8PM
#2 Befrienders
Talian: 03-76272929
Waktu: 24 Jam
#3 Talian HEAL
Talian: 15555
Waktu: 8AM – 11:59PM
#4 Talian Kasih
Talian: 15999/019-261 5999
Waktu: 24 Jam

#5 Life Line Association Malaysia
Talian: 03-4265 7995
Waktu: 24 Jam
#6 MIASA Crisis
Talian: 1-800-18-0066/03-9765 6088
Waktu: 24 Jam
Pautan berkaitan: HOBI BAHARU LELAKI PATUT CUBA BERSAMA PASANGAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA
Pada 19 November 2025, kita bakal menyambut Hari Lelaki Antarabangsa dengan tema yang penting: Supporting Men and Boys
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL
Keseimbangan dalam kejayaan dan kesihatan mental buat lelaki amat penting lebih-lebih lagi apabila ia dipandang kecil oleh masyarakat.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN
Kemurungan ragut nyawa ramai selebriti dunia. Kisah mereka buka mata kita tentang pentingnya sokongan dan kesedaran kesihatan mental.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA
Gangguan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud dan Sinead O'Connor turut dikaitkan dengan masalah ini.











