7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden.
Selama dua tahun yang lalu, pertandingan sukan Hyrox mula mendominasi dunia fitness. Kini, menyertainya seperti menjadi kewajipan buat pencinta hidup aktif, terutamanya bagi lelaki golongan 20 hingga 40 tahun. Ternyata dunia kecergasan kini menjangkaui faktor estetika dan kesihatan badan, malah juga tentang membina komuniti. Lebih-lebih lagi kerana pertandingan ini boleh disertai secara single, double, atau relay.
Apa yang menarik tentang Hyrox, ia menguji ketahanan fizikal dan mental. Konsep senamannya adalah hibrid, menggabungkan senaman serba fungsi dan sesi larian 1km yang dilakukan secara berselang-seli sebanyak lapan kali. Cabarannya juga lebih berstruktur, memudahkan pengukuran prestasi.
Pertandingan yang berasal dari Jerman kini menjadi acara kecergasan global. Kini, satu lagi trend baru bagi para peserta Hyrox adalah untuk melancong sambil bertanding. Personaliti tempatan seperti Aedy Ashraf, Ikmal Amry, dan Amir Ahnaf juga tidak lekang menyertai ujian intensif ini mahupun di luar negara, termasuklah Bangkok, Shanghai, dan Barcelona.
Sama ada anda ingin mencuba perkara baru, mencabar tahap kecergasan, atau terinspirasi daripada selebriti kegemaran, lihatkan tujuh pertandingan Hyrox bagi enam bulan terdekat yang anda boleh sertai, daripada Kuala Lumpur hingga Dubai.
1. Seoul
Tarikh: 13 – 15 November 2026
Beli tiket disini.
2. Guangzhou
Tarikh: 21 – 22 November 2026
Beli tiket disini.
3. Singapore
Tarikh: 26 – 29 November 2026
Beli tiket disini.
4. Dubai
Tarikh: 27 – 28 November 2026
Beli tiket disini.
5. Kuala Lumpur
Tarikh: 10 – 13 December 2026
Beli tiket disini.
6. Osaka
Tarikh: 21 – 25 Januari 2027
Beli tiket disini.
7. Bangkok
Tarikh: 11 – 14 Februari 2027
Beli tiket disini.
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











