Skip to content

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

Kongsikan artikel ini

Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Sudah menginjak minggu ketiga bagi September – menandakan berbaki hanya tiga bulan sehingga tamatnya tahun 2026. Ternyata tahun ini, Malaysia disajikan dengan pelbagai konsert dan bercampur genre. Baru sahaja kumpulan K-Pop Super Junior menyinggah di Unifi Arena Januari lalu, tak dilupakan The Neighbourhood di TM Stadium Nasional Julai lalu.

Konsert memberi impak yang sangat berbeza berbanding mendengar lagu di platform muzik. Bukan sahaja kita dapat bersua muka dengan selebriti kegemaran. Malah, pengalaman muzik dapat dirasakan dengan sepenuhnya, daripada prop hinggalah kepada konsep persembahan. Tidak dilupakan juga energy yang luar biasa yang membuka ruang untuk lari seketika daripada realiti.

Selain itu, konsert juga dapat membina komuniti. Ia menjadi wadah bertemu bersama orang baharu yang berkongsi minat yang sama dan mendalam terhadap muzik. Ini juga seterusnya dapat memupuk hubungan baharu sambil meluaskan lingkungan sosial.

Bagi meraikan hujung tahun, treat diri sendiri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung, dari M-Pop The First Wave hinggalah K-Pop Arirang World Tour.

 

1. ALPHA – The First Wave

Hanya berbaki dua hari sahaja lagi, penghias muka depan GLAM Lelaki bulan ini bakal mengambil alih Zepp KL. Menurut rapper utama ALPHA, Ariel, para peminat boleh menjangkakan 100% energi dan pulang dengan kesan yang mendalam.

Tempat: Zepp KL

Tarikh: 26 September 2026

 

2. Siti Nurhaliza – Gema Bumantara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Raikan keindahan seni warisan di Pentas Konsert Gema Bumantara. Ini merupakan konsert kedua bagi Dato’ Siti Nurhaliza tahun ini setelah Legacy 30 Januari lalu. Ia juga bakal diserikan dengan kehadiran artis jemputan yang serasi dengan muzik lagu tradisional, termasuklah Noraniza Idris, Lesti Kejora, Haziq Rosebi dan King Nassar.

Tempat: TM Stadium Nasional

Tarikh: 17 Oktober 2026

 

3. LANY – Soft

LANY concert in Malaysia 2026: Ticket prices, setlist, and more - Newswav

Soft merupakan album keenam bagi kumpulan indie duo LANY yang bermain soal hubungan. LANY juga tidak asing bermain di Kuala Lumpur. Sebelum ini, Paul Klein dan Jake Goss pernah hadir bagi konsert Good Vibes, Malibu Nights, A November To Remember, First The Moon Then The Star, dan A Beautiful Blur.

Tempat: UniFi Arena

Tarikh: 1 November 2026

 

4. The Weeknd – After Hours ‘Til Dawn

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Live Nation Malaysia (@livenation.my)

The Weeknd bakal tampil di Kuala Lumpur buat julung kalinya di TM Stadium Nasional November ini. Jelajah dunia After Hours ‘Til Dawn ini bakal meraikan tiga albumnya secara serentak: After Hours, Dawn FM, dan Hurry Up Tomorrow. Tidak dilupakan, konsert ini juga akan menandakan berakhirnya keseluruhan siri jelajah dunia tersebut.

Tempat: TM Stadium Nasional

Tarikh: 4 & 5 November 2026

 

5. 5SOS – Everyone’s A Star!

5SOS concert Malaysia

Setelah sedekad penantian, kumpulan pop-rock Australia akhirnya membuat kunjungan ke Malaysia. Selain memainkan lagu album terbaru mereka, para peminat juga boleh menantikan lagu-lagu ikonik seperti Youngblood dan Amnesia.

Tempat: UniFi Arena

Tarikh: 17 November & 4 December 2026

 

6. My Chemical Romance – The Black Parade

Live Review: When We Were Young [Las Vegas Festival Grounds, Nevada ...

My Chemical Romance kembali ke Kuala Lumpur setelah hampir dua dasawarsa, dengan dendangan lagu yang cukup ikonik seperti Helena, The Ghost of You, dan Welcome To The Black Parade.  Jelajah The Black Parade ini meraikan legasi album ikonik mereka sambil menyuntik semangat baharu dan membangkitan semula kumpulan rock moden ini di persada dunia. Setelah dijadulkan semula daripada April kepada November, para peminat, sama ada setia mahupun baharu, akhirnya bakal menyaksikan persembahan penuh emosi dan semestinya tidak dapat dilupakan.

Tempat: TM Nasional Stadium

Tarikh: 19 & 20 November 2026

 

7. BTS – Arirang

BTS to perform in Kuala Lumpur on 12 & 13 December at the TM Stadium ...

BTS WORLD TOUR ARIRANG bakal singgah di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember 2026, menandakan kemunculan pertama kumpulan itu di Malaysia sejak 2015. Dua malam ini turut menampilkan konsep pentas 360 darjah yang menempatkan ARMY mengelilingi pentas untuk pengalaman persembahan yang lebih imersif.

Tempat: TM Nasional Stadium

Tarikh: 12 & 13 Disember 2026

Artikel berkaitan: 5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?

Bacaan Lanjut
ALPHA'S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

Bacaan Lanjut

NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

Bacaan Lanjut
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

Bacaan Lanjut