Skip to content

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Kongsikan artikel ini

Daripada dunia kecergasan ke penciptaan kandungan dan fotografi, Aimran Jamil membina identiti tersendiri melalui gaya yang ringkas, kemas dan berkarakter. Berbekalkan pengalaman dalam bidang kecergasan serta minat terhadap gaya lelaki, Aimran berkongsi perjalanan, inspirasi dan pandangan tentang membentuk identiti dalam dunia kreatif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIMRAN (@aimranjamil)

1. Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam dunia content creator dan fotografi? Apakah yang mendorong anda untuk bermula?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIMRAN (@aimranjamil)

Ia bermula selepas saya menjadi seorang jurulatih kecergasan bertauliah, jurulatih pemakanan sukan dan aktif dalam sukan larian serta triatlon. Niat saya menghasilkan kandungan adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, di mana saya sendiri pernah mengalami obesiti sebelum berjaya mengubah diri, menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Kebanyakan kandungan saya berkisar tentang kecergasan dan pemakanan.

2. Bagaimanakah anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah gaya anda berubah atau berkembang dari semasa ke semasa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIMRAN (@aimranjamil)

Saya percaya gaya peribadi saya adalah ringkas, profesional dan mudah didekati. Saya suka perkara yang praktikal, terus kepada tujuan dan tidak terlalu rumit. Begitu juga dari segi penampilan dan gaya, saya gemar tampil kemas, ringkas dan berfungsi. Saya boleh katakan gaya saya berkembang dari semasa ke semasa, tetapi tidak terlalu ketara kerana saya masih berpegang kepada pendirian untuk tampil ringkas dan kemas.

3. Bagaimanakah anda mengikuti perkembangan terkini dalam dunia fesyen dan gaya lelaki?

Kebanyakannya melalui media sosial. Sekarang semuanya berada di hujung jari. Saya akan lihat apa yang saya suka dan mula mengikutinya. Di TikTok, ada dua akaun yang saya suka ikuti iaitu Sergio Ines dan Trey Bryant kerana mereka banyak menghasilkan kandungan tentang gaya lelaki.

4. Boleh ceritakan tentang salah satu karya atau projek yang paling bermakna dan tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan anda?

Bukan satu projek sahaja, tetapi beberapa projek yang mempunyai matlamat yang sama. Saya pernah menjadi jurulatih penurunan berat badan bersama Kevin Zahri, jurulatih duatlon kepada kelab sukan MCMC dan jurulatih larian untuk program BOBChallenge bersama Boom Beverage.

Projek-projek ini bukan sahaja memberi impak kepada mereka, tetapi turut memberi kesan kepada diri saya. Ia mengajar saya erti menjadi seorang manusia yang mampu berkhidmat dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Mungkin belum tiba masanya untuk saya menjadi seorang dermawan yang mampu menyumbang dalam jumlah yang besar, tetapi keupayaan untuk mengubah hidup seseorang menjadi lebih sihat dan berfungsi dengan baik sudah cukup besar nilainya bagi saya.

5. Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada content creator yang ingin membina identiti dan kehadiran mereka sendiri dalam industri ini?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIMRAN (@aimranjamil)

Jadilah diri sendiri. Kandungan orang lain boleh memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri atau menjadi lebih baik dalam sesuatu perkara, tetapi jangan sampai meniru identiti orang lain. Apa yang menjadikan anda unik ialah diri anda sendiri dan tiada siapa yang boleh menjadi anda walaupun mereka cuba.

6. Siapakah atau apakah yang menjadi inspirasi anda dalam menghasilkan karya dan membentuk gaya peribadi anda?

Inspirasi pertama saya ketika masih mengalami obesiti ialah Nick Bare, seorang usahawan yang aktif dalam bidang sukan. Alif Satar, Hafiz Mahamad dan Asad Motawh juga menjadi inspirasi saya dalam membentuk gaya peribadi. Melihat orang berjaya merupakan salah satu sumber inspirasi terbesar buat saya.

Pautan berkaitan: KENALI SIAPA GL WHO PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut