GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.
Gajen yang dikenali di sosial media dan Gajen yang ditemubual oleh saya agak berbeza, in a good way. Segala kandungan lucu yang dilakukan olehnya bertukar serius, dengan jawapan-jawapannya yang matang sebagai seorang pempengaruh dan usahawan. Sebagai pencipta kandungan dan usahawan, Gajen Chandra dikenali menerusi personaliti yang menyerlah serta identiti fesyennya yang cukup unik. Aktif menghasilkan kandungan di Instagram dan TikTok, Gajen turut mengembangkan kerjayanya dalam industri kecantikan menerusi jenama miliknya, Chandra Skin. Berbekalkan gaya yang berani dan tersendiri, dia terus membuktikan keupayaannya untuk tampil berbeza. Tahun ini, Gajen Chandra dipilih sebagai penerima anugerah Stail Terbaik di GL The Man Awards 2026.
#1 Bagaimana Anda Ingin Menggambarkan Diri Anda Lima Tahun Akan Datang?
Saya rasa saya masih akan menjadi diri saya yang sekarang. Apa yang saya benar-benar inginkan adalah untuk melihat jenama saya, Chandra Skin terus berkembang. Sebaik-baiknya, saya mahu jenama saya mampu berdiri sendiri tanpa perlu menjadikan saya sebagai wajah utamanya. Saya mahu jenama ini berkembang lebih jauh dan mempunyai identiti sendiri. Pada masa yang sama, saya berharap dapat terus kekal relevan tanpa perlu mengubah siapa diri saya yang sebenar.
#2 Bagaimana Anda Kekal Menjadi Diri Sendiri Apabila Semakin Ramai Orang Mempunyai Ekspektasi Terhadap Anda?
Sejak awal lagi, saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjadi diri sendiri kerana saya tidak pernah rasa yang saya perlu menjadi seseorang yang berbeza. Saya rasa orang ramai juga sudah melihat sisi terburuk dan paling memalukan diri saya di internet. Entah bagaimana, perkara itu sebenarnya menjadi kelebihan kerana saya lebih bebas untuk menjadi diri sendiri. Saya juga tidak kisah jika perlu menjadikan diri sendiri sebagai bahan jenaka.
#3 Di Luar Kerjaya, Apakah Perkara Yang Paling Anda Minati?
Saya benar-benar menikmati masa bersama rakan-rakan dan keluarga kerana merekalah yang membantu saya untuk terus berpijak di bumi nyata. Saya juga suka melukis sejak kecil. Kebelakangan ini, saya semakin berminat dengan aktiviti DIY. Baru-baru ini, saya mencuba teknik pelunturan pada pakaian dan saya sangat enjoy.
#4 Apakah Erti ‘Good Style’ Buat Anda Sebagai Seorang Lelaki?
Bagi saya, anda perlu mencari gaya yang sesuai dengan diri sendiri. Saya tahu kedengaran agak klise, tetapi terdapat begitu banyak rujukan di internet yang cuba ditiru oleh orang ramai. Tidak salah untuk bereksperimen, tetapi akhirnya, anda perlu mencari gaya yang benar-benar sesuai dengan diri sendiri. Apa-apa sahaja yang membuatkan anda berasa selesa dengan tubuh sendiri.
Secara peribadi, saya rasa gaya saya agak membosankan. Dahulu, saya suka bereksperimen dengan penampilan, tetapi sekarang gaya saya lebih minimalis dan ringkas. Saya memilih gaya minimalis kerana saya suka apabila tatu pada tubuh saya lebih menyerlah. Tatu kegemaran saya ialah tatu lipan kerana saya rasa hasil seninya sangat cantik dan kemas.
#5 Berkaitan Dengan Tema ‘Celebrate Style’, Bagaimana Anda Meraikan Gaya Dalam Cara Tersendiri?
Bagi saya, semuanya tentang berseronok ketika bergaya. Kita tidak sepatutnya takut melakukan kesilapan ketika mencari identiti gaya sendiri kerana fesyen sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Saya juga berpendapat bahawa penjagaan diri memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan dan fesyen.
#6 Satu Lagu Yang Bermain Di Fikiran Sekarang?
Lagu daripada The Weeknd. Ada sebuah lagu yang belum dilancarkan secara rasmi berjudul Rio. Saya menemui lagu itu di TikTok dan sejak itu, saya terlalu obses dengannya. Lagu itu memberikan saya suasana seperti berada di São Paulo. Saya juga sedang mendengar album terbaharu Ariana Grande yang berjudul Petal.
Pautan berkaitan: SUARA KINI: PERJALANAN DAMIEN MIRZA SEBAGAI DJ DAN PEMUZIK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.











