GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BERNIKAH ESOK! PASANGAN KESAYANGAN RAMAI INI BERKONGSI GAMBAR PRA-PERKAHWINAN YANG DIRAKAM DI SEKITAR LONDON OLEH JURUGAMBAR, PINOGRAPHY.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober. Selepas pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Foto: Pinography/Instagram
Majlis pernikahan pasangan tersebut dijadualkan berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur. Menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Menjelang hari bahagia itu, Syed Saddiq, 34 berkongsi sebuah video pra perkahwinan menerusi Instagram, memaparkan momen romantis bersama Bella, 32. Video berkenaan dipercayai dirakam di London.

Foto: Pinography/Instagram

Foto: Pinography/Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu meluahkan rasa syukur kerana perjalanan hidupnya akhirnya menemukan dirinya dengan Bella. Dia juga tidak menyembunyikan keterujaan untuk memulakan lembaran baharu sebagai seorang suami.
“Seribu detik telah membawa saya kepada awak. Hanya tinggal 38 jam sebelum kita menamatkan zaman bujang,” tulisnya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Foto: Pinography/Instagram
Dalam perkongsian sama, Syed Saddiq turut menggambarkan perkahwinan sebagai satu permulaan yang bakal mengubah perspektif kehidupannya. Jika sebelum ini perjalanan hidupnya banyak tertumpu kepada dirinya sendiri. Kini dia bersedia untuk berkongsi setiap langkah bersama insan tersayang.
“Selepas ini, lembaran baharu kehidupan akan bermula. Ia bukan lagi tentang diri saya sendiri, tetapi tentang kita berdua,” katanya.
Luahan tersebut mencerminkan keterujaan Syed Saddiq dalam menyambut kehidupan baharu bersama Bella, selain memperlihatkan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
Selain majlis pernikahan yang berlangsung hari ini, pasangan berkenaan turut dijadualkan mengadakan majlis resepsi bagi meraikan keluarga, saudara mara dan sahabat di Kuala Lumpur pada 18 Oktober ini.
Pastinya, detik istimewa ini menjadi satu lagi babak bermakna dalam perjalanan hidup Syed Saddiq dan Bella, yang bakal memulakan kehidupan bersama sebagai pasangan suami isteri.
Artikel berkaitan: 5 STAIL SEGAK SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.











