SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza, menghiasi lampiran personaliti dengan bakat mereka dalam dunia muzik tempatan.
Berjaya mengubah imejnya sendiri, Alvy Joanna yang turut dikenali sebagai Miss Alvy mengakui bahawa imejnya sekarang lebih dekat dengan jiwanya. Bermula sebagai pempengaruh, Alvy mendalami dunia muzik dan lakonan demi mengembangkan lagi dirinya dalam industri. Alvy Joanna merupakan salah seorang yang menghiasi lembaran personaliti GLAM Lelaki untuk bulan September 2026.
Soalan sama diaju kepada Alvy Joanna tentang kehidupannya sekarang, seperti personalilti lain. Sibuk, tetapi gembira. Ayat yang tepat untuk menggambarkan dirinya sekarang. Sedang sibuk menyediakan muzik baharu buat peminat, Alvy turut menyatakan kegembiraannya apabila dapat mengeluarkan muzik dengan genre yang lebih dekat dengan dirinya. Selain muzik, Alvy juga sibuk bersiap sedia untuk penampilan di dalam drama yang akan datang.
1. Kalau saya ikut anda seharian, apa perkara tentang Alvy, yang paling akan mengejutkan saya?
Saya tak tahu jika ianya mengejutkan, tetapi walaupun muzik saya sangat bising, saya sebenarnya amat tenang. Saya suka membaca, yoga, dan melakukan semua perkara yang membosankan hahaha. Kerana ia sangat berbeza dengan muzik saya. Personaliti dan muzik saya lebih kepada bagaimana saya ekspres diri saya. Tetapi secara peribadi, saya sangat tenang.
2. Selain muzik, apa yang paling banyak mengisi masa anda sekarang?
Mungkin, melancong. Saya banyak melancong dan ingin berkolaborasi dengan lebih banyak artis luar negara, jadi saya ingin terus melancong dan berjumpa dengan lebih ramai orang. Kini, negara impian untuk saya terokai ialah Berlin. Mungkin kerana orangnya kelihatan cool. Dan Iceland, saya ingin lihat The Northern Lights.
3. Daripada semua lagu yang pernah anda keluarkan, yang mana paling dekat di hati anda? Kenapa?
Setiap lagu amat dekat dengan saya, namun belum ada yang betul-betul peribadi dilancarkan. Tetapi, ada satu lagu yang saya lancarkan pada hujung bulan Ogos, ia amat peribadi untuk saya. Ia berjudul Bon Appétit, tentang trauma saya di dalam industri.
4. Berkenaan personaliti Alvy pula, apa MBTI anda? Anda jenis yang suka merancang semuanya lebih awal, atau lebih selesa ikut sahaja apa yang berlaku?
Sebelum Covid, MBTI saya ialah ENFP, sekarang saya ialah INFP. Saya berada di tengah-tengah. Apabila merantau, saya tidak merancang. Saya hanya pergi kemana-mana sahaja dan mengikut aliran yang dibawa. Tetapi dalam karier, sudah tentu saya perlu merancang segalanya.
Pautan berkaitan: SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN
Tiada angin tiada ribut, Sabhi Saddi meluahkan hasratnya untuk bersara selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.











