Skip to content

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Kongsikan artikel ini

Bermula dengan minat terhadap fesyen dan gaya peribadi, Daryl Tan kini terus meneroka identitinya dalam dunia kreatif. Daripada inspirasi fesyen vintaj hingga pengalaman di hadapan kamera, setiap perjalanan membentuk sisi dirinya yang tersendiri. Kali ini, GLAM Lelaki menyelami cerita di sebalik gaya, kerjaya dan impian Daryl Tan.

Identiti Gaya Antara Vintaj dan Moden

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

1. Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi dan adakah ia berubah mengikut masa?

Saya menggambarkan gaya peribadi saya sebagai kemas, seimbang dan sedikit berinspirasikan vintaj. Dari segi pemilihan warna, saya lebih gemar mengenakan warna gelap, terutamanya hitam. Walaupun begitu, biru tetap menjadi warna kegemaran saya dan sering menjadi pilihan dalam penampilan harian. Bagi saya, perkara paling penting adalah memastikan setiap pakaian kelihatan kemas, elegan dan mempunyai sentuhan retro.

Jika dibandingkan dengan dahulu, saya akui masih kurang mahir menggayakan pakaian sendiri. Pada ketika itu, saya juga tidak mempunyai banyak pilihan pakaian sehingga sering memadankan pelbagai warna tanpa memikirkan kesesuaiannya. Akibatnya, penampilan saya kadangkala kelihatan kurang teratur. Namun, seiring dengan waktu, saya mula memahami cara memadankan pakaian dengan lebih baik. Kini, saya lebih peka terhadap pemilihan warna dan potongan yang benar-benar mencerminkan personaliti sendiri.

Menjadikan Dunia Fesyen Sebagai Sumber Inspirasi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

2. Bagaimana anda mengikuti perkembangan fesyen lelaki semasa?

Saya gemar menonton pertunjukan fesyen daripada jenama mewah terkenal untuk mengikuti trend terkini dan melihat idea yang diketengahkan oleh setiap pereka. Selain itu, saya turut mengikuti jenama tempatan dari pelbagai negara bagi melihat koleksi dan rekaan terbaharu mereka. Ada kalanya, saya menemui pakaian yang benar-benar menarik perhatian sehingga memberikan inspirasi untuk mencuba sesuatu yang berbeza dalam gaya sendiri. Dalam pada itu, saya juga banyak mendapatkan inspirasi daripada model fesyen dan content creator yang mempunyai gaya tersendiri.

3. Apakah pilihan fesyen peribadi yang ingin anda terokai sepanjang 2026?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

Sepanjang tahun ini, saya semakin tertarik dengan fesyen berinspirasikan vintaj. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencuba gaya pemakaian yang sering ditampilkan oleh kumpulan CORTIS. Saya mendapati pilihan fesyen mereka sangat menarik, terutamanya dari segi cara mereka memadankan pakaian. Oleh sebab itu, saya ingin menerapkan sedikit pengaruh tersebut dalam penampilan sendiri sambil mengekalkan identiti gaya peribadi.

Pengalaman 20 Jam Aksi Tinju Yang Tidak Dilupakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

4. Bolehkah anda kongsikan pengalaman projek paling bermakna sepanjang kerjaya?

Antara pengalaman yang paling sukar dilupakan ialah ketika saya terlibat dalam sebuah drama yang memerlukan babak pertarungan tinju. Penggambaran tersebut berlangsung selama dua hari, dengan lebih 10 jam sehari dihabiskan untuk melakukan aksi tinju dan pertarungan Muay Thai. Saya perlu melayangkan tumbukan serta menerima pukulan secara berterusan sehingga jumlah keseluruhannya mencecah kira-kira 20 jam.

Disebabkan aksi yang mencabar itu, setiap kali pulang ke rumah, badan saya benar-benar keletihan. Malah, seluruh badan dipenuhi lebam dan tangan saya membengkak sehingga saya mengesyaki terdapat kemungkinan keretakan kecil pada tulang. Walaupun begitu, pengalaman tersebut tetap menjadi antara projek paling sukar dilupakan sepanjang perjalanan kerjaya saya.

5. Siapakah individu yang menjadi inspirasi anda?

Antara model fesyen yang paling saya kagumi ialah Daniel Millar dari England. Selain itu, saya juga sangat menyukai gaya fesyen kumpulan CORTIS. Kedua-duanya menjadi sumber inspirasi saya, terutamanya dari segi cara mereka memadankan pakaian dan menghasilkan penampilan yang menarik. Bagi saya, setiap gaya mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dijadikan inspirasi untuk membentuk penampilan peribadi.

Perancangan Kreatif Sebelum 2026 Melabuhkan Tirainya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

6. Apakah yang boleh dinantikan daripada anda sepanjang 2026?

Walaupun hanya berbaki beberapa bulan sebelum 2026 melabuhkan tirainya, saya merasakan tempoh ini bakal menjadi antara fasa paling sibuk dalam hidup saya. Kebelakangan ini, saya banyak menguruskan rumah baharu, termasuk kerja pengubahsuaian dan pelbagai perkara yang perlu disusun. Dalam masa yang sama, komitmen kerja saya juga semakin bertambah.

Di sebalik kesibukan tersebut, saya masih berharap dapat melancarkan sekurang-kurangnya sebuah lagu sekiranya berkesempatan kerana belum menghasilkan sebarang karya muzik sepanjang tahun ini. Justeru, saya mahu memanfaatkan baki tahun ini sebaik mungkin dan terus mencabar diri untuk mencuba perkara baharu dalam bidang kreatif.

7. Apakah perkara yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daryl Tan 陈京谦 (@daryl.goat_)

Salah satu impian terbesar saya adalah menerima pencalonan di Golden Horse Awards, antara anugerah paling berprestij dalam industri perfileman berbahasa Cina. Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam dunia perfileman. Sejujurnya, menerima pencalonan sahaja sudah cukup membahagiakan saya kerana pengiktirafan tersebut membawa makna yang sangat besar sebagai seorang pelakon.

Selain impian dalam bidang kerjaya, saya juga berharap dapat membawa keluarga berpindah ke rumah yang lebih besar. Hasrat tersebut sebenarnya sudah lama menjadi impian mereka sejak saya kecil. Oleh sebab itu, saya benar-benar berharap dapat merealisasikannya suatu hari nanti. Bagi saya, kejayaan bukan hanya tentang pencapaian diri sendiri, malah turut melibatkan kemampuan untuk membalas jasa keluarga dan memberikan mereka kehidupan yang lebih baik. Akhir sekali, itulah antara impian paling bermakna yang ingin saya capai sebelum mencecah usia 30 tahun.

Pautan berkaitan: DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut

UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU

Bacaan Lanjut

BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI

Bacaan Lanjut

FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut