Skip to content

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Kongsikan artikel ini

Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi gaya hidup yang wajar diberi perhatian. Memperkenalkan Ombak KLCC, sebuah pusat beli-belah baharu yang menggabungkan seni bina moden, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah dalam satu ruang. Terletak di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), destinasi ini mula dibuka kepada orang ramai pada 21 Ogos 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ombak KLCC (@ombakklcc)

Apa yang menjadikan Ombak KLCC menarik perhatian ialah reka bentuk bangunannya yang diinspirasikan daripada pergerakan ombak dan seni tenunan. Dengan struktur bangunan yang beralun serta reka bentuk bertingkat, ia memberikan identiti tersendiri dalam landskap bandar Kuala Lumpur. Sentuhan seni bina ini turut menjadikan setiap sudutnya menarik untuk diterokai dan dirakam.

Bukan sekadar destinasi membeli-belah, Ombak KLCC turut mengetengahkan pengalaman seni dan kebudayaan menerusi kehadiran GALERI PETRONAS. Berpindah dari lokasi terdahulu di Suria KLCC, galeri ini kini mempunyai ruang baharu yang lebih luas untuk mengetengahkan karya seni serta bakat kreatif tempatan. Pengunjung juga boleh menikmati pameran pengenalan The First Glimpse sebagai sebahagian daripada pembukaan berperingkat galeri tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ombak KLCC (@ombakklcc)

Selain itu, pengunjung boleh meneroka pelbagai pilihan gaya hidup, ruang menjamu selera dan kawasan rekreasi. Antara tarikan yang mencuri perhatian ialah Rooftop Sky Garden, sebuah ruang terbuka yang menawarkan suasana lebih santai di tengah-tengah kesibukan kota. Gabungan elemen kehijauan dan persekitaran moden menjadikannya lokasi menarik untuk berehat seketika.

Dari segi akses, Ombak KLCC turut mempunyai kelebihan tersendiri. Lokasinya berhampiran stesen MRT Persiaran KLCC serta mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkannya dengan kawasan KLCC Park dan Suria KLCC.

Dengan gabungan seni bina unik, elemen kebudayaan dan pengalaman gaya hidup kontemporari, Ombak KLCC membawa nafas baharu kepada kawasan KLCC. Nampaknya, Kuala Lumpur mempunyai satu lagi destinasi menarik untuk dimasukkan dalam senarai kunjungan seterusnya.

Pautan berkaitan: RECAP GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut