FOTOGRAFI 2 PENGEMBARA DUNIA (Bhgn. 1)
April 26, 2016
TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA PELANCONG DAN PENGEMBARA. TOURIST ATAU TRAVELLER. DAN TENTU SEKALI KERANA FOTOGRAFI MENJADI MINAT, GAMBAR-GAMBAR KEMBARA YANG DIRAKAM ADALAH HARTA YANG PALING BERHARGA. GL MENAMPILKAN FOTOGRAFI DUA PENGEMBARA DUNIA DARI SUDUT KACA MATA MEREKA. DI SINI TERDAPAT PERKONGSIAN UNTUK DIJADIKAN SUNTIKAN ANDA MENGORAK LANGKAH PERTAMA MENJELAJAH DUNIA.
Apakah perkara paling unik anda belajar daripada kembara?
Mengembara berjaya membuka mata saya melihat keberagaman budaya dan sesungguhnya ia suatu kurniaan besar yakni ‘kebenaran’. Saya sedar bahawa tiada yang namanya ‘satu kebenaran’ tentang sesuatu hal dalam dunia ini. Realiti itu bergantung pada siapa yang kalian soal, segalanya bakal jadi relatif kepada ‘komuniti’ (baik satu bandar mahupun negara) yang kalian lawati. Sebagai contoh, di Malaysia, makanan halal sangat penting, tetapi pabila saya pulang ke negara asal saya, Lithuana, tiada siapa yang tahu perihal halal.
Banyak mengumpul teman daripada kembara? Adakah masih berhubungan dengan mereka?
Saya perolehi pelbagai teman sepanjang saya mengembara, yang mana sehingga hari ini, masih berhubung dan saya tahu, yang saya akan berkawan dengan mereka sampai bila-bila. Saya kira, semakin ramai kawan saya di pelosok dunia yang saya ada, semakin saya tenang, bersifat toleransi dan mempunyai kefahaman terhadap budaya-budaya di luar budaya saya.
Pernah berhadapan kesukaran ketika mengembara?
Terdapat banyak cabaran ketika saya kembara di bumi asing, tetapi saya selalu melihat ia dalam konteks positif dan menganggap itu sebagai satu adventure. Selalunya ia bakal tersemat indah menjadi memori. Senyuman itu satu bahasa universal, tak perlu terjemahan. Jadi, bagi saya senyuman adalah cara terbaik dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi ketika mengembara.
Apakah yang sering anda cari waktu kembara? Sejarah? Budaya? Alam semula jadi? Adventure? Dan mengapa?
Setiap kali saya mengembara ke suatu tempat yang baharu, saya tak akan teragak-agak mengajak warga tempatan untuk berbual dengan saya. Saya mesti beritahu kalian, pemandu teksi dan pelayan adalah sumber paling mudah untuk pengembara mendapatkan informasi. Mereka tahu denyut nadi bandar, jangan pernah terlepas berbual dengan mereka. Oh, dan satu lagi, always learn how to say a few words in the local language. Perkara semudah ini dihormati dan disukai warga tempatan. Selalunya akan terukir senyuman pada wajah mereka.
Editor terkenal dunia, Diana Vreeland pernah mengungkapkan “The eyes has to travel”. Apakah maksud itu bagi anda?
Izinkan saya menambah, bukan sahaja mata harus mengembara, tetapi minda dan hati juga. Memang satu perkara untuk melihat dalam mengembara. Tetapi sangat berbeza jika kita mengembara, merasa dan memahami. Dan berbuat demikian, kalian harus asimilasi diri kalian pada kehidupan masyarakat tempatan, mendengar cerita-cerita mereka, pelajari kehidupan dan adat mereka, barulah hati sama rancak dengan hati mereka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI LARRIE 2025: GAYA RETRO UNTUK MULAKAN TAHUN BARU
Bersiap sedia untuk tampil bergaya dengan koleksi terbaru Larrie, Retro Vibes: Revamping Classics with a Modern Spin.
KERLIPAN BINTANG HOLLYWOOD DI GOTHAM AWARDS 2024
Colman Domingo, Jessica Chastain dan Sebastian Stan antara yang hadir menghangatkan karpet merah Gotham Awards 2024.
SENARAI PENUH PEMENANG GOTHAM AWARDS 2024
Anugerah anjuran Gotham Film and Media Institute ini memberi penghargaan kepada pencapaian cemerlang pembikin filem bebas dan barisan pelakon yang terlibat.
SERING TUNDA KONSERT, TAHAP KESIHATAN JUSTIN TIMBERLAKE MERUDUM?
Selepas lebih sebulan menunda konsert jelajah dunia, Justin Timberlake sekali lagi mengumumkan pembatalan persembahannya yang akan datang atas faktor kasihatan.
ASIF AZIZ: BILIONAIRE UBAH BANGUNAN IKONIK LONDON JADI MASJID
Asif Aziz merupakan tokoh yang berpengaruh dalam industri hartanah London dan aktif dalam aktiviti dermawan melalui Aziz Foundation.
AZIRA SHAFINAZ & FABIAN LOO LAKAR SEJARAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK 2024
Tahniah diucapkan kepada dua bintang tanah air, Azira Shafinaz dan Fabian Loo yang berjaya mengharumkan nama negara pada APFF ke-61.