Ikonik: Irama Dan Gaya Prince
April 22, 2016
Maestro muzik. Ikon stail. Seniman glam tiada bandingan.
Tanpa diduga, artis eksentrik Prince, 57, telah meninggal dunia di Paisley Park Studios semalam. Berita amat mengejutkan ini bagai sukar untuk diterima oleh peminat dan rakan-rakan pemuzik. Apatah lagi tatkala ramai yang masih berkabung akan pemergian David Bowie Januari lepas.
Dalam dunia pop dan rock, Prince – bersama Michael Jackson dan Madonna – berada dalam kelas tersendiri. Legenda moden yang telah merevolusikan landskap musik, baik dari segi bunyi, visual mahupun provokasi, sepanjang era ’80-an. They were pop royalty, the biggest stars in the world! Dan pengaruh mereka bergema hingga ke hari ini.
Irama muzik eklektik Prince berakarkan the Minnessota sound, paduan pelbagai genre pop, rock, funk, R&B, hip hop, juga disko dan jazz. Lagu-lagu seperti Raspberry Beret, When Doves Cry, The Most Beautiful Girl in the World dan 1999 merupakan lagu klasik moden yang masih menyengat hari ini. Sudah tentu, rasa pilu mengiringi penghayatan lagu-lagu ini sekarang. Tanpa Prince, artis-artis seperti Beck, Janelle Monae, Beyonce dan The Weeknd tak mungkin tergerak untuk bereksperimentasi dengan muzik sebagaimana beliau.
Selain daripada muziknya, Prince juga dikagumi kerana mempunyai imej peribadi yang – senang cerita – sangat berani! Aneka sut berwarna garang, seluar high-waisted yang ketat, bodysuit glamor, blaus longgar yang romantik, eksplorasi fabrik dan ekspresi pemakaian pelbagai corak – seperti David Bowie sebelumnya, Prince mencabar ideologi maskulin/feminin dalam bergaya. Sekejap androgynous, sekejap macho. Yang pastinya, sentiasa unik dan penuh inspirasi.
Sebagai tribute kepada ikon pop culture ini, GL membariskan beberapa pengaruh stail Prince dalam koleksi fesyen lelaki musim Bunga/Panas 2016. Thank you for the music and the passion, our Purple Prince.

Gaya pada 1985 menampakkan Prince tampil yakin dengan pemakaian prints dari head-to-toe, bagaikan inspirasi untuk stail Moschino musim Bunga/Panas 2016.

Prince membuat persembahan memakai kostum daripada fabrik renda (1985), sentuhan feminin yang kini diketengahkan dalam koleksi menswear Burberry Prorsum musim Bunga/Panas 2016.

Pengaruh sportswear: Prince tampil dengan crop top (1986), seperti yang boleh dilihat di pentas peragaan Vivienne Westwood musim Bunga/Panas 2016.

Sentuhan feminin aksesori leher dalam bentuk skarf nipis diikat cantik antara kunci gaya koleksi Gucci musim Bunga/Panas 2016, stail yang juga membentuk imej Prince sekitar 1988.

Di konsertnya pada 1988, Prince gemar memakai seluar high-waisted untuk menegaskan badan beliau yang fit. Lemaire musim Bunga/Panas 2016 menterjemahkan stail high-waisted ini dalam gaya yang lebih selesa.

Prince, 1991. Colour blocking. Paul Smith, musim Bunga/Panas 2016. Colour blocking.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore! Musim ini, PUMA Speedcat Ballerina baharu menjadi tumpuan utama di Copenhagen Fashion Week. Siluet hibrid yang unik ini menggabungkan elemen klasik Mary Jane dengan rekaan aerodinamik Speedcat. Anggun namun diinspirasikan oleh dunia sukan permotoran, PUMA Speedcat Ballerina menampilkan reka…
PANDU UJI x GL GANG: IZZUL FAIQ BALIK KAMPUNG DENGAN VOLVO EX30
“Volvo EX30 ni game changer. Tak perlu lagi beratur isi minyak, dan kau buat kebaikan untuk alam sekitar," Izzul Faiq
JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI
Dikenali menerusi watak-watak ‘bad boy’atau filem terbarunya Saltburn, Jacob Elordi adalah lelaki moden yang bisa mencairkan hati wanita.
ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”
Dalam industri yang sentiasa berubah, Alvn adalah bukti bahawa ketahanan dan evolusi adalah kunci kejayaan. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman dan wajah yang dikenali dalam dunia fesyen, dia telah mengharungi pelbagai cabaran untuk menempatkan dirinya dalam kedua-dua bidang ini.