SAMANTHA KATIE JAMES, MISS UNIVERSE MALAYSIA 2017
Introducing the next Miss Universe Malaysia 2017! Anggun, jelita dan berbakat. Itulah gambaran yang boleh GL berikan kepada model dan pelakon, Samantha Katie James, berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur yang telah dimahkotakan sebagai ratu baru Miss Universe Malaysia 2017 semalam, sekaligus mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang.
Gadis kacukan Cina-Brazil itu menewaskan 16 peserta lain yang bertanding dan membawa hadiah wang tunai RM52,000 serta barangan lain berharga lebih RM150,000. Antara juri yang mengadili peserta pada malam itu adalah selebriti terkenal tempatan seperti Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh, Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka, dan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Tahniah Sam!
Oleh itu, atas tanda sokongan kepada Samantha, berikut adalah 5 fakta menarik mengenai beliau.
1.Samantha Katie dibesarkan di Klang dan memiliki darah campuran Cina dan Brazil. Walau begitu, beliau menganggap dirinya seorang rakyat Malaysia yang sejati. Antara hobi kegemaran beliau adalah mempelajari pelbagai bahasa. Terkini, Sam sudah mahir berbahasa Portuguese.
2. Samantha bukanlah baru dalam dunia peragaan dan pertandingan ratu cantik. Ini kerana beliau pernah menyertai satu pertandinganMiss Universe Malaysia pada tahun 2013 yang lepas.
3. Samantha bercita-cita untuk mempunyai talk show sendiri.
4. Samantha pernah terlibat dalam pembikinan filem Kastil Tua arahan pengarah Chiska Doppert, yang diterajui oleh Josiah Hogan serta dua pelakon Indonesia, Kimberly Ryder dan Arjun Perwira. (Sumber: Malaysia Digest)
5. Samantha juga cukup aktif dalam media sosial. Laman instagramnya saja beliau sudah memiliki hampir 66 ribu pengikut!
All the best Sam!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.

















