PUMA HADIR DENGAN SPEED 600 IGNITE 2
Jenama pakaian sukan global PUMA baru-baru ini melancarkan koleksi kasut sukan terbaru yang menjamin kepantasan dan keselesaan bergerak, iaitu Speed 600 Ignite 2 yang sangat sesuai khususnya buat mereka yang mengemari sukan olahraga. Demi mewujudkan konsep Forever Faster. inovasi produk ini bertujuan khusunya buat para olahragawan dalam memberikan persembahan terbaik dalam setiap larian.
Bukan itu sahaja, PUMA juga menghalusi konsep keunikan dan motivasi untuk setiap pelari bagi sampai ke garisan penamat dengan penuh bergaya. Baik pelari mahupun ahli sukan yang lain, kasut ini cukup sesuai digunakan dalam memastikan setiap atlet berjaya dalam apa jua sukan yang divceburi.
Koleksi terbaru Speed 600 Ignite 2 didatangkan khusus untuk lelaki dan wanita, sekaligus memperkenalkan tiga teknologi berasingan dari Ignite, iaitu pertama pada dua lapisan pada bahagian tengah kasut, memberikan keselesaan berganda serta menyerlahkan sisi responsif tenaga sepenuhkan kepada para atlet.
Teknologi di bahagian depan kaki pula mendorong pelari untuk memacu hentakan tumit pertama untuk permulaan larian yang bertenaga. Dan teknologi Everfit+ mampu mengunci kaki di atas lapisan lembut di tapak kasut untuk kesan larian yang menyenangkan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.














