Skip to content

SAMANTHA KATIE JAMES, MISS UNIVERSE MALAYSIA 2017

Kongsikan artikel ini

Introducing the next Miss Universe Malaysia 2017! Anggun, jelita dan berbakat. Itulah gambaran yang boleh GL berikan kepada model dan pelakon, Samantha Katie James, berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur yang telah dimahkotakan sebagai ratu baru Miss Universe Malaysia 2017 semalam, sekaligus  mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang.

16864671_10155917032654126_8523254765727400611_n

(Photo credit: FB Miss Universe Malaysia Official Facebook Page)

16864639_10155919329819126_73837858113806952_n

(Photo credit: FB Miss Universe Malaysia Official Facebook Page)

Gadis kacukan Cina-Brazil itu menewaskan 16 peserta lain yang bertanding dan membawa hadiah wang tunai RM52,000 serta barangan lain berharga lebih RM150,000. Antara juri yang mengadili peserta pada malam itu adalah selebriti terkenal tempatan seperti Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh, Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka, dan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Tahniah Sam!

16832348_10155906340894126_2981463802680340207_n

(Photo credit: FB Miss Universe Malaysia Official Facebook Page)

Oleh itu, atas tanda sokongan kepada Samantha, berikut adalah 5 fakta menarik mengenai beliau.

1.Samantha Katie dibesarkan di Klang dan memiliki darah campuran Cina dan Brazil. Walau begitu, beliau menganggap dirinya seorang rakyat Malaysia yang sejati. Antara hobi kegemaran beliau adalah mempelajari pelbagai bahasa. Terkini, Sam sudah mahir berbahasa Portuguese.

qfwfw

(Photo credit: Instagram @samanthakayty)

2. Samantha bukanlah baru dalam dunia peragaan dan pertandingan ratu cantik. Ini kerana beliau pernah menyertai satu pertandinganMiss Universe Malaysia pada tahun 2013 yang lepas.

3. Samantha bercita-cita untuk mempunyai talk show sendiri.

Captureyd

4. Samantha pernah terlibat dalam pembikinan filem Kastil Tua arahan pengarah Chiska Doppert, yang diterajui oleh Josiah Hogan serta dua pelakon Indonesia, Kimberly Ryder dan Arjun Perwira. (Sumber: Malaysia Digest)

5. Samantha juga cukup aktif dalam media sosial. Laman instagramnya saja beliau sudah memiliki hampir 66 ribu pengikut!

imagejpg1-163

(Photo credit: Missosology)

All the best Sam!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Februari 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut