SAMSUNG GEAR S3 LEBIH BERGAYA
Samsung baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar SAMSUNG GEAR S3 yang menggabungkan reka bentuk menawan serta teknologi canggih mudah alih, dan boleh didapati dalam dua jenis iaitu Gear S3 dan Gear S3 klasik. SAMSUNG GEAR S3 ternyata memiliki spesifikasi hebat khusus buat mereka yang seringkali aktif melakukan kegiatan mencabar, mahupun mereka yang sentiasa bergerak.
SPESIFIKASI HEBAT
Skrin sesentuh SAMOLED lebih besar 1.3″ digunakan dengan resolusi 360×360 pixel, malah kaca Corning Glass SR+ digunakan bagi memastikan ia tahan calar dan pecah ketika digunakan. Untuk paparan permukan, skrin ini menyokong paparan Always On Display di mana ia akan menyala semula apabila mengesan pergerakan tangan.
Disertakan dengan RAM sebesar 768 Megabyte dan storan 4 Gigabyte, adalah untuk simpanan storan aplikasi dan menyimpan fail muzik MP3. Yang menariknya, bateri 380 mAh digunakan dan ini merupakan peningkatan berbanding 250 mAh pada Gear S2. Gear S3 juga menggunakan sistem operasi Tizen Based Wearable Platform 2.3.1.
REKA BENTUK MENARIK
Pada pandangan kami, GEAR S3 ini nampak lebih ranggi, tahan lasak dan agresif. yang mensasarkan kepada golongan yang gemar melakukan aktiviti luar. Dua butang pada sisi kanan digunakan sebagai butang home merangkap butang kuasa dan butang back seperti pada peranti Android biasa. Sistem bezel berputar digunakan untuk melakukan navigasi pada antaramuka. Dengan tawaran sistem ini pengguna tidak perlu sentiasa menyentuh bahagian skrin sekaligus mengurangkan kekotoran dan cap jari.
Selain itu, aplikasi Samsung Gear juga telah dikemaskini bagi memudahkan pengguna melihat maklumat yang diperlukan, antaranya menunjukkan tahap bateri serta anggaran hayat peranti, ruangan storan dan penggunaan RAM.
Kedua-dua Gear S3 Frontier dan edisi klasik sudah mulai dijual harga RM1,399 di semua kedai Samsung serta pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia.
Ulasan dari GLAM LELAKI:
“Gear S3 sangat mudah dan selesa digunakan. Antara mukanya mudah difahami dengan sistem navigasi mesra pengguna. Cukup sesuai buat mereka yang sering bergerak dan aktif, malah menyerlahkan personaliti seseorang. Totally recommended”, – Wan Mohd Firdaus, Penulis WEB (glamlelaki.my)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Duta New Balance Malaysia, Ann Pow mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI
Filem Kata Hati bawakan semula genre romantik komedi yang dirindui ramai, ke pawagam pada 4 Jun 2026 akan datang!
AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN
Selepas menjadi bualan dan spekulasi ramai, Amira Othman akhirnya hadir dengan berita bahawa dia sedang hamil, menimbulkan kegembiraan ramai.
5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR
Fasih berbahasa Mandarin, lagu-lagu Layla Sania turut menarik perhatian pelbagai bangsa di dalam dan luar Malaysia.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.














