FERNANDO TORRES KRITIKAL?
Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres, dilaporkan pengsan serta tidak sedarkan diri sewaktu bertemu Deportivo la Coruna pada aksi La Liga, awal pagi tadi. Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu mengalami kecederaan trauma otak selepas tidak sedarkan diri apabila kepalanya terhantuk dengan pemain lawan pemain Deportivo, Alex Bergantinos, lima minit sebelum perlawanan berakhir dan kelihatan sudah tidak sedarkan diri ketika dia terjatuh dengan kuat.
“Pemain kami, yang kini stabil mengalami hentakan kuat di kepalanya pada penghujung perlawanan dan sudah dibawa ke hospital menggunakan ambulans. Fernando akan menghabiskan satu malam di bawah pengawasan”, jelas Atletico dalam satu kenyataan,
Selepas kejadian, pemain dari kedua-dua pasukan pantas meminta bantuan perubatan sejurus Torres terjatuh ke padang. Pertahanan Atletico, Jose Maria Gimenez juga kelihatan menangis ketika peminat-peminat Deportivo berdiri bagi memberi penghormatan kepada penyerang kebangsaan Sepanyol itu ketika dia dibawa keluar daripada padang.

Sejurus Torres dikeluarkan, Atletico terpaksa bermain dengan 10 pemain selama tujuh minit kerana sudah menggunakan ketiga–tiga pemain gantian. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri satu sama. Sama-sama kita doakan agar Fernando Torres kembali sihat seperti sedia kala.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?












