MUHAMAD HEIDY, KAPTEN SKUAD DODGEBALL MALAYSIA
Pasukan dodgeball malaysia yang pertama kali menyertai Piala Dunia Dodgeball 2016 mencatat sejarah sukan negara pabila berjaya meraih pingat perak dalam kejohanan antarabangsa tersebut. Tanpa disangkal, Muhamad Heidy merangkap kapten skuad dodgeball Malaysia merupakan sebahagian besar daripada kejayaan itu. Dia yang berkeyakinan tinggi tentunya memberi dorongan kepada anak muda lain agar mengejar kejayaan impian.
Apakah idea kebahagiaan sempurna? Mencapai tahap kesihatan dan kekayaan tertentu.
Dan dapat berkongsi dengan orang lain.
Individu paling dikagumi? Robert Kiyosaki.
On what occasion do you lie? Saya akan menipu untuk membuat kejutan. Bahagian penampilan tidak disukai? Tidak berjambang penuh. Gen Cina saya terlalu kuat!
What is your favourite journey? Sekiranya ‘terjatuh’ dan mahu bangkit semula untuk membuktikan kepada semua bahawa mereka salah.
Bila dan di manakah tempat anda rasa paling gembira? Ketika saya memimpin kawan rapat yang merupakan golongan Orang Kurang Upaya selepas kami pergi menyelam. (Tercatat dalam Buku Rekod Malaysia dalam kategori ‘most number of disabled participants in a scuba diving expedition’).
Perkara paling dikesali? Kurang pasti tentang perkara paling dikesali tetapi saya pernah menyesal tidak mengambil peluang yang ada. Apa yang saya lakukan ialah hanya dengan berkata “oh well” atau “what if”.
Apakah bakat sering anda impikan? Bermain piano secara profesional.
Pencapaian terbaik? Dilantik sebagai Kapten skuad kebangsaan dodgeball Malaysia dan pasukan kami berada di kedudukan nombor dua di Piala Dunia Dodgeball 2016 yang berlangsung di Manchester, United Kingdom pada April yang lalu.
What is your most treasured possession? Keluarga saya.
What do you regard as the lowest depth of misery? Kehilangan segalanya yang telah saya usahakan selama ini. Misalnya, keluarga, kawan-kawan, pencapaian dan lain-lain.
Sifat paling menyerlah pada karakter anda? Keyakinan saya.
Perkara paling dihargai dalam teman-teman anda? Kejujuran dan sifat selalu menghargai mereka.
Cabaran terbesar? Menguruskan para pemain pasukan kebangsaan dodgeball Malaysia dan mengimbangkan diri antara menjadi pemimpin dan sahabat.
Nama kegemaran? Ariana Grande dan Mila Kunis.
Perkara tak disukai? Mulut jahat!
Motto anda? Live as if it’s your last day.
Lelaki tak patut… Memukul wanita dan bertanya kepada mereka, “Why can’t you be more like…”
Perkara terbaik pernah dikatakan tentang saya adalah… “An inspiring leader.”
Tanggapan salah tentang saya… Saya dilabel sebagai ‘pushover’ kerana selalu berbuat baik terhadap semua orang.
Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.













