Skip to content

LEVI’S RAIKAN KEDAI ‘SET THE STANDARD’ PERTAMA

Kongsikan artikel ini

Levi’s Brand hari ini merasmikan pembukaan kedai Set The Standard (STS) yang pertama, di Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia. Dengan ruang seluas  2,771 kps, kedai baru yang tersergam di  Lot 4.103.00, Aras  4, Pavilion Elite, menonjolkan daya tarikan tradisi Levi’s® yang berteraskan keaslian dan ketukangan bermutu tinggi.

“Kedai STS terbaru ini bertujuan menyerlahkan lagi pengalaman runcit Levi’s® melalui cetusan ekspresi jenama paling berkesan  – dari segi suasana sekitaran serta susun atur produk dan juga pengalaman berkunjung dalam kedai, ” jelas En. Imran Butt, Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia.

Hipergrafik skala besar pada kedua-dua belah ruang kedai – berasingan untuk lelaki dan wanita – mampu menarik perhatian pelanggan sambil membantu membayangkan diri mereka di dalam produk Levi’s®, lantas menghalakan mereka ke arah yang harus ditujui. Ternyata ada perbezaan ketara antara bahagian lelaki dan wanita, justeru memudahkan bukan sahaja pencarian tetapi penjenamaan yang relevan untuk kedua-dua jantina. Levi’s® ICONS seperti  501® jean, Trucker Jacket dan Western Shirt ditampilkan di dalam shadowboxes.

Bagi peminat-peminat tegar denim, terdapat juga Koleksi Levi’s® Vintage yang mempamerkan pakaian penghasilan semula (reissues) ikonik dan pakaian edisi istimewa. Inilah yang menjadi wadah penceritaan utama dan DNA bagi jenama Levi’s®.

“Semasa membangunkan kedai Pavilion Elite ini,  kita memberi tumpuan kepada  pencahayaan dan nilai estetika yang tinggi bagi menonjolkan ciri-ciri sebenar jenama Levi’s®, iaitu keaslian, optimistik, menginspirasikan dan kesalinghubungan,” kata En. Imran memberi kesimpulan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut