12 TEKNIK PEMAKAIAN SUT PERLU ANDA IKUTI
Setiap lelaki pasti akan kelihatan segak dan bergaya jika menyarung sut di badan, terutama sekali sewaktu majlis formal mahupun makan malam. Tidak dinafikan, sut bisa meningkatkan imej dan penampilan seseorang. Namun, tahukah anda, menggayakan sut juga ada peraturannya? Oleh itu, GL senaraikan 12 peraturan pemakaian sut patut anda ikuti.
- Sut yang dipakai mestilah mengikut potongan dan ukuran badan.
- Pocket square menyempurnakan penampilan seseorang yang memakai sut. Pastikan warna dan corak kain tidak sepadan dengan tali leher.
- Lebar tali leher haruslah sama dengan lebar ‘lapel’ pada kolar.
- Pastikan stokin cukup panjang dan elakkan daripada mendedahkan bahagian kulit kaki ketika duduk.
- Warna tali leher perlu lebih gelap daripada baju kemeja yang dipakai di dalam.
- Tali leher yang dipakai perlu dipendekkan sedikit dan tidak melepasi pinggang seluar.
- Tali pinggang haruslah cukup nipis dan perlu sepadan dengan warna kasut. Barulah nampak bergaya.
- Pastikan tangan anda boleh diselit di antara bahagian dada pada sut yang dibutang.
- Apabila duduk perlu membuka butang sut supaya tidak merosakkanya.
- Cuff lengan kemeja perlu didedahkan dalam setengah inci daripada lengan sut.
- Jika memakai vest, butang paling bawah perlu sentiasa dibuka. Ini akan memberi keselesaan apabila anda bergerak.
- Sut anda mesti cukup panjang sehingga menutupi zip seluar dan pinggul.
Selamat mencuba!
Sumber: Majalah Jelita, olahan oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.












