MAT DAN, LELAKI INGGERIS FASIH LOGHAT TERENGGANU
Sejak kebelakangan ini, fenomena ‘Mat Dan’ seakan telah melanda negara. Seorang ‘Mat Salleh’ yang mahir bertutur dalam loghat Terengganu tiba-tiba viral di laman sosial. Walaupun kelibatnya kian popular terutama sekali di Terengganu khususnya, namun namanya disebut-sebut lagi sejak awal minggu ini selepas dirinya dikhabarkan sudah bernikah dengan gadis pilihannya. Tahniah Mat Dan! Oleh itu, GLAM Lelaki senaraikan 5 fakta menarik mengenai Mat Dan yang perlu anda tahu.
1. Nama sebenar Mat Dan adalah Daniel Tyler dan beliau berusia 26 tahun. Beliau berasal daripada Bristal England. Bapanya, Kevin merupakan seorang ahli perniagaan, dan ibunya pula bernama Nicol. Mereka dikhabarkan beberapa kali berada di Malaysia untuk melawat anaknya.
2. Selepas beberapa tahun tinggal di Malaysia, Mat Dan akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Nama muslim dia Kareef Daniel Abdullah. Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu.
3. Selepas tamat pengajian, Mat Dan serta rakan-rakannya bercuti di sekitar Asia dan sewaktu itu, beliau terpesona dengan Pulau Kapas dan jatuh cinta dengan keindahannya. Lalu, beliau membuat keputusan untuk tinggal di Malaysia sejak 2009.
4. Mat Dan memiliki pendidikan di Kapasia Degree College, Dhaka Bangladesh dan Cheltenham Bournside School.
5. Mat Dan juga antara yang sering mementingkan penampilan termasuk soal penggayaan rambutnya. Hobi Mat Dan adalah mengembara. Mat Dan kini menginap di Marang, Terengganu.
Photo credit: Instrgram @mat_dan1
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.














