RONALDO BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR
Wah, selepas Beyonce dan George Clooney mengumumkan pada dunia akan mendapat anak kembar, dan semalam dunia digemparkan dengan berita yang hampir sama. Pemain bola sepak popular, Christiano Ronaldo juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar!
Menurut laporan Daily Mail, Ronaldo dikatakan sedang teruja menanti kelahiran anak kembarnya itu, di mana kandungan itu daripada seorang ibu tumpang (surrogate) yang berasal dari Amerika Syarikat, namun identiti wanita itu masih dirahsiakan.
Menurut sumber yang sama, bayi-bayi kembar lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi dab Ronaldo merancang untuk menerbangkan bakal anak-anaknya ke Sepanyol selepas mereka lahir nanti. Walaupun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo, namun berita gembira ini ternyata cepat tersebar.
Buat pengetahuan pembaca, terdahulu Ronaldo memiliki seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr, yang lahir pada 2010.
Tahniah Ronaldo!!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Selain daripada pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 mendapat perhatian musim ini, WAGs (Wives & Girlfriends) mereka tidak ketinggalan.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.













