RAIKAN 60 TAHUN KOLEKSI FLAGSHIP LONGINES
Bagi meraikan ulang tahun ke 60 koleksi flagship jam tangan antarabangsa Longines dalam pasaran harologi global, jenama ini tidak ketinggalan mengeluarkan edisi jam tangan eksklusif yang anggun lagi elegan. Jam tangan ekslusif ini turut disarung oleh duta rasmi jenama ini, iaitu pelakon Kate Winslet.
Bersempena Baselworld 2017 serta peristiwa keramat ini, Longines telah memperkenalkan Flagship Heritage – 60th Anniversary 1957-2017 yang mengambil inspirasi dari model flagship yang tersimpan di ibu pejabat pembuat jam tangan Swiss tersebut. Didatangi dengan tiga edisi; besi, emas kuning dan emas ros, model edisi terhad ini menampilkan flaship di belakangnya, sama seperti versi asalnya.
Dengan mode bernombor bersama kaliber mekanikal L609 serta case 38.5 mm, versi emas terhad untuk 60 utas saja, manakala versi beli terhad kepada 1957 utas. Dial perak dihiasi dengan 8 indeks dan 4 angka arab, dengan warna kuning emas dan emas ros. Seakan jam tangan yang asli, belakang jam tangan juga turut ditampal dengan karavel, bersama strap kulit coklat melengkapkanjam tangan luar biasa ini.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026
Audemars Piguet telah diiktiraf bagi kategori Jam Tangan Kalendar & Astronomi di acara Grand Prix d’Horlogerie de Genève tahun ini menerusi model jam tangan poket 150 Heritage. Kemenangan ini membuktikan kepercayaan para pakar industri kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.













