HENRY GOLDING PEGANG WATAK UTAMA DALAM FILEM TERBARU WARNER BROS
Studio Warner Bros dikhabarkan akan menghasilkan sebuah filem terbaru, berjudul Crazy Rich Asians’ yang merupakan sebuah adaptasi daripada buku best-selling oleh Kevin Kwan. Yang menariknya, pihak produksi membuat keputusan untuk membuat pemilihan pelakon berketurunan Asia dari setiap pelusuk dunia.
Filem yang akan diarahkan oleh Jon M. Chu ini telah pun menempah pelakon popular Constance Wu untuk memainkan watak Rachel Chu (protagonis wanita). Selain itu, yang menggembirakan adalah pelakon dan pengacara tempatan, Henry Golding turut terpilih memainkan watak protagonis lelaki filem tersebut, Nick Young.
Selain itu, pelakon wanita tanah air yang sudah mencipta nama di persada dunia Michelle Yeoh pula akan memainkan watak ibu kepada Nick, Eleanor Young.
The story follows Rachel Chu (Wu), an American-born Chinese economics professor, who travels to her boyfriend Nick’s GOLDING
) hometown of Singapore for his best friend’s wedding. Before long, his secret is out: Nick is from a family that is impossibly wealthy, he’s perhaps the most eligible bachelor in Asia, and every single woman in his ultra-rarefied social class is incredibly jealous of Rachel and wants to bring her down.
Henry yang merupakan kacukan mat salleh (bapanya berasal daripada England) dan suku kaum Iban selama ini hanya muncul di kaca TV sebagai pengacara dan tidak pernah membuat kemunculan di layar perak. Ini merupakan langkah yang besar buat Henry dalam kerjayanya. Tahniah sekali lagi buat Henry Golding!
Sumber GLAM MALAYSIA, olahan oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.