Skip to content

PRIYANKA CHOPRA ADALAH WANITA KEDUA TERCANTIK DI DUNIA

Kongsikan artikel ini

Wow, bintang Bollywood dan juga bekas Miss World 2000, Priyanka Chopra berjaya memintas Angelina Jolie, Emma Watson, Blake Lively dan Michelle Obama apabila beliau dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia. Menerusi undian yang dijalankan oleh rangkaian media sosial, Buzznet, Priyanka hanya di belakang diva pop Beyonce di dalam senarai tersebut. Bahkan, Priyanka turut berkongsi berita tersebut di Twitter serta berterima kasih kepada peminat-peminatnya kerana mengundi.

Model dan Victoria’s Secret angel, Taylor Hill berada di tempat ketiga diikuti pula dengan aktres terkenal Harry Potter, Emma Watson. Dakota Johnson serta bekas presiden harapan Amerika Syarikat iaitu Hillary Clinton berada di tangga kelima dan keenam. Angelina Jolie pula di tempat kelapan, manakala pemenang Oscar tahun ini iaitu bintang La La Land, Emma Stone mendapat tempat ke-12.

Supermodel Gigi Hadid berada di posisi ke-13 dan bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama di tangga ke-21. Senarai tersebut turut menyenaraikan bintang Wonder Woman yakni Gal Gadot, selain daripada Oprah Winfrey, Naomi Campbell, Alicia Vikander, Margot Robbie dan Alexandra Daddario.

Priyanka mula terkenal di bumi barat selepas dia membintangi siri tv Quantico. Tahun lalu, aktres Bollywood ini juga diangkat sebagai duta global Unicef terbaru. Dia telah menjadi duta terkenal di India demi badan kebajikan untuk kanak-kanak sejak tahun 2010 lagi.

Sumber: Majalah Eh!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut