RODRIGO DUERTE UNGGULI UNDIAN MANUSIA PALING BERPENGARUH 2017 OLEH TIME
Kelantangannya bersuara serta populariti mendadak menjadikan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte manusia paling berpengaruh tahun 2017 mengikut undian yang dilaksanakan oleh majalah TIME dengan memperolehi 5% undian, mengalahkan calon-calon lain seperti Justin Trudeau di tempat kedua, Pope Francis di tempat ketiga, dan Bill Gates pula di tangga ketiga dengan masing-masing mendapat 3% undian. Buat makluman, undian sudahpun berakhir ahad lepas.

Populariti Rodrigo mula merebak dan dunia seakan mula mengalihkan perhatian semenjak beliau lantang menyebut ‘Go to hell’ (pergilah ke neraka) kepada Presiden Obama sekitar tahun lepas. Selain itu, pemimpin yang berusia 72 tahun itu juga mengisytiharkan perang besar-besaran terhadap dadah selepas beliau dilantik menjadi Presiden Filipina pada bulan Julai tahun lepas. Berdasarkan laporan Reuters, 80K rakyat Filiphina terbunuh angkara dadah dalam tempoh masa setahun.

(Photo credit: Getty Images)
Secara rasminya, senarai 100 teratas telah menampilkan pelbagai artis-artis popular, usahawan, ahli politik, ahli parlimen, ahli-ahli sains, teknologi dan perniagaan disruptors yang disusun oleh editor majalah itu dan dan bakal diumumkan pada 20 April ini.

Tahun lepass, Rodrigo turut tercalon dalam senarai Manusia Paling Berpengaruh oleh Majalah Forbes di mana beliau mendapat tempat ke 70.
Sumber: time.com
Oleh: Wan Mohd Firdaus, 19 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Nik Rifaie dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Muaz Zabir dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Zairi Aziz dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.











