Skip to content

PULUHAN MATI SEWAKTU KONSERT ARIANA GRANDE

Kongsikan artikel ini

Lebih kurang 19 orang dilaporkan maut manakala 50 lagi cedera berikutan satu letupan yang berlaku di konsert Ariana Grande di Manchester Arena di England untuk konsert jelajahnya. Beberapa orang saksi menyatakan yang mereka mendengar dua letupan kuat yang datang daripada bahagian belakang arena tersebut dan pihak polis di sana masih lagi belum boleh mengesahkan sumber letupan tersebut.

Mereka yang menghadiri konsert tersebut terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak dan beberapa lagi orang saksi melaporkan bahawa keadaan di luar kecoh dengan ibu bapa yang menunggu di luar sambil mencari anak-anak mereka.

“Terdapat satu letupan sewaktu penghujung konsert. Lampu sudah dibuka dan kami tahu bahawa ini bukan sebahagian daripada konsert ini. Pada mulanya kami  fikir ia sebagai letupan bom. Asap juga banyak. Orang ramai mula berlari keluar. Apabila kami keluar daripada arena tersebut, terdapat beberapa dozen van polis dan beberapa ambulans,” nyata seorang laig saksi kepada The Guardian. Beikutan insiden ini, mujurlah penyanyi Ariana Grande selamat dan tidak dicederakan.

Sementara itu ramai barisan selebriti turut bersedih dengan apa yang berlaku, termasuk Taylor Swift, Harry Styles dan ramai lagi.

Sumber: GLAM 

Olahan: Wan Mohd Firdaus, 23 Mei 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut