10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.
Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video dan Disney+ Hotstar membariskan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, Mimi dan Cho Sae-ho, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.
Berikut adalah 10 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan Mei 2024 ini:
1. Star Wars: Tales of the Empire (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 4 Mei 2024
Pelakon suara: Diana Lee Inosanto, Meredith Salenger, Rya Kihlstedt, Wing T. Chao, Lars Mikkelsen, Jason Isaacs, Matthew Wood
Sinopsis: Berlatarkan era berbeza, siri enam episode ini mengembara ke Galactic Empire yang menakutkan melalui kanta dua individu yang berbeza. Seorang wanita yang penuh dendam, serta seorang bekas Jedi yang masa depan mereka bergantung kepada setiap keputusan yang dibuat.
2. Bridgerton: Season 3 Part 1 (Netflix)
Tarikh tayangan: 16 Mei 2024

Cr. Liam Daniel/Netflix © 2023
Pelakon: Nicola Coughlan, Luke Newton, Claudia Jessie, Luke Thompson, Ruth Gemmell, Florence Hunt, and Will Tilston, Jonathan Bailey, Simone Ashley, Adjoa Andoh dan Golda Rosheuvel
Sinopsis: Musim ini, siri hangat ini akan fokus kepada karakter Penelope aka Lady Whistledown. Serta hubungan romantis bersama Colin Bridgerton. Juga akan menampilkan barisan debutant baharu yang hadir dengan kejutan dan rahsia.
3. The Idea of You (Prime Video)
Tarikh tayangan: 2 Mei 2024
Pelakon: Anne Hathaway dan Nicholas Galitzine
Sinopsis: Filem komedi romantik ini mengisahkan tentang seorang wanita berusia 40 tahun yang membawa anak remajanya ke festival Coachella atas permintaan bekas suami. Ketika di sana, dia menjalinkan hubungan bersama penyanyi kumpulan August Moon yang berusia 24 tahun.
4. Eric (Netflix)
Tarikh tayangan: 30 Mei 2024
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Ivan Morris Howe
Sinopsis: Seorang bapa yang juga seorang dalang di kota New York sekitar 1980-an, kehilangan anak. Bersama seorang polis, dia perlu melawan syaitan dalam diri untuk mencari anaknya dengan bantuan patung setinggi 7 kaki bernama Eric.
5. Uncle Samsik (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 15 Mei 2024
Pelakon: Song Kang-ho, Byun Yo-han, Lee Kyu-hyung, Jin Ki-joo dan Seo Hyun-woo.
Sinopsis: Berlatarkan era 1960-an di Korea, siri drama ini mengisahkan tentang persahabatan antara Uncle Samsik dan Kim San. Kim San yang merupakan penerima Albright Scholarship mahu mengubah Korea menjadi negara industri. Uncle Sam pula yang ‘makan tiga kali sehari ketika perang’, akan melakukan apa sahaja untuk mencapai impian bosnya.
6. Atlas (Netflix)
Tarikh tayangan: 24 Mei 2024

Cr. Ana Carballosa/Netflix ©2023
Pelakon: Jennifer Lopez, Simu Liu, Sterling K. Brown, dan Mark Strong
Sinopsis: Seorang penganalisa data yang hebat tetapi membenci manusia mempunyai masalah kepercayaan dengan Artificial Intelligent (AI). Dia menyertai misi untuk menangkap robot yang berkongsi sejarah lampau bersamanya.
7. The 8 Show (Netflix)
Tarikh tayangan: 17 Mei 2024
Peserta: Ryu Jun-yeol, Chun Woo-hee, Park Jeong-min, Lee Yul-eum, Park Hae-joon, Lee Zoo-young, Moon Jeong-hee dan Bae Seong-woo.
Sinopsis: Lapan individu terperangkap dalam sebuah bangunan lapan tingkat yang penuh misteri. Setiap peserta perlu menyertai permainan televisyen ini untuk mengumpul hadiah wang tunai.
8. 99 (Prime Video)
Tarikh tayangan: 17 Mei 2024
Sinopsis: Siri dokumentari mengenai musim kejayaan kelab bola sepak Manchester United sepanjang1998-1999. Menampilkan legenda bola sepak dunia seperti Teddy Sheringham, David Beckham, Peter Schmeichel dan Sir Alex Ferguson.
9. Super Rich in Korea (Netflix)
Tarikh tayangan: Mei 2024
Pengacara: Mimi (Oh My Girl), BamBam (GOT7) dan Jo Se-ho
Sinopsis: Seorang taikun Singapura, pewaris jenama mewah Itali, dan hartawan Pakistan serta ramai lagi. Bongkar kehidupan mewah individu yang kaya raya di Korea.
10. The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes (Prime Video)
Tarikh tayangan: 31 Mei 2024
Pelakon: Tom Blyth, Rachel Zegler, Peter Dinklage, Jason Schwartzman, Hunter Schafer, Josh Andrés Rivera dan Viola Davis.
Sinopsis: Pernahkah anda berfikir bagaimana President Snow bermula untuk berada di puncak kuasa? Filem ini akan membongkar rahsia antara Lucy Gray Baird yang merupakan peserta Hunger Games District 12, dan Coriolanus Snow ketika perlawanan Hunger Games ke-10.
Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Mula dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham dengan BOSS!
TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’
Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Jay Chou.
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.
KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN
GOT7 bakal kembali secara lengkap dalam dunia muzik selepas tiga tahun dinanti-nantikan oleh peminat mereka, iGOT7.
JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN
Kisah cinta epik Jennifer Lopez dan Ben Affleck secara rasminya berakhir selepas perceraian mereka dimuktamadkan pada 7 Januari 2025.
JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK
Ibu kepada sepasang kembar ini berkongsi bagaimana perceraian dengan Ben Affleck membuka matanya yang selama ini tertutup rapat.