Skip to content

must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Kongsikan artikel ini

Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.

Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video dan Disney+ Hotstar membariskan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan April 2024 ini:

1. Ripley (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 4 April 2024

Ripley

Cr. Courtesy of Netflix © 2024

Pelakon: Andrew Scott, Johnny Flynn dan Dakota Fanning

Sinopsis: Sekitar tahun 1960-an di New York, Tom Ripley dibayar oleh seorang kaya untuk membawa anaknya pulang dari Itali. Tetapi, perkejaan ini telah membawa langkahnya ke dunia kompleks yang dipenuhi penipuan, rasuah dan pembunuhan. Berdasarkan novel Tom Ripley oleh Patricia Highsmith yang popular.

Tonton trailer di sini. 

 

2. How to Date Billy Walsh (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 5 April 2024

how to date billy Walsh

Pelakon: Sebastian Croft, Charithra Chandran, Tanner Buchanan, Daisy Jelley

Sinopsis: Filem komedi romantik ini mengikuti dua sahabat baik, Amelia dan Archie. Archie yang menyimpan perasaan dengan sahabat baiknya itu bercadang untuk meluahkan perasaan kepada Amelia. Tetapi, Amelia jatuh hati dengan pelajar baharu, Billy Walsh.

 

3. Chief Detective 1958 (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 19 April 2024

chief detective 1958

Pelakon: Lee Je-hoon, Lee Dong-hwi, Choi Woo-sung dan Yoon Hyun-soo

Sinopsis: Berlatarkan era 1950-an dan 1960-an iaitu 10 tahun sebelum siri asal “Chief Inspector”. Siri ini mengikuti Detektif Park Young-han dan pasukannya untuk membanteras rasuah dalam Seoul Police Department.

 

4. Parasyte: The Grey (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 5 April 2024

parasyte

Pelakon: Jeon So-nee, Koo Kyo-hwan, dan Lee Jung-hyun

Sinopsis: Sekumpulan makhluk parasit misteri dari angkasa lepas memasuki Bumi. Ia mengambil alih badan dan membunuh manusia untuk meningkatkan kuasa. Semua perlu bersatu untuk menyelamatkan kemanusiaan.

 

5. Fallout (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 11 April 2024

fallout

Pelakon: Aaron Moten, Walton Goggins, Kyle MacLachlan, Moises Arias, Dale Dickey, Leslie Uggams, Chris Parnell dan Johnny Pemberton

Sinopsis: Pada masa hadapan dalam dunia apokalips di Los Angeles, manusia pelu hidup di terowong bawah tanah. Ia untuk melindungi mereka daripada radiasi, makhluk mutant dan penjenayah.

 

6. Wish (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 3 April 2024

wish

Pelakon: Ariana DeBose, Chris Pine, Evan Peters, Alan Tudyk, Jennifer Kumiyama, Angelique Cabral, Victor Garber, Harvey Guillén, Natasha Rothwell

Sinopsis: Berlatarkan kota Rosas yang penuh magis. Asha yang berusia 17 tahun yang menjadi perantis Raja Magnifico membawanya untuk mencabar pentabiran dan membongkar kejahatan. Dalam usaha menyelamatkan rumahnya, dia membuat satu ‘wish’ berkuasa yang melahirkan makhluk magis bernama Star. Mereka memulakan pengembaraan mencabar kekejaman raja, membongkar rahsia, menjalin kerjasama dan menentang kejahatan kepada dunia.

 

7. Rebel Moon – Part Two: The Scargiver (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 19 April 2024

rebel moon part 2

Cr. Clay Enos/Netflix ©2023.

Pelakon: Sofia Boutella, Ed Skrein, Michiel Huisman, Djimon Hounsou, Doona Bae, Staz Nair, dan Anthony Hopkins

Sinopsis: Sebuah karya Zack Snyder. Sepasukan kestaria rebel bersedia untuk menentang kuasa kejahatan dari Motherland. Mereke perlu berhdapan dengan kisah lampau, yang memberikan motivasi untuk mempertahankan Veldt.

 

8. Rahsia (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 5 April 2024

rahsia

Pelakon: Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, dan Marsha Milan

Sinopsis: Filem reka semula daripada filem bertajuk sama pada 1987, ia mengisahkan tentang seorang ibu yang mendapati anaknya tiba-tiba hilang. Dia percaya ada mahkluk penuh dendam yang mengambil anakanya itu.

 

9. The Holdovers (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 29 April 2024

the holdovers

Pelakon: Paul Giamatti, Da’Vine Joy Randolph, Dominic Sessa dan Carrie Preston

Sinopsis: Sebuah filem yang menerima lima nominasi di Anugerah Akademi 2024, dan kemenangan buat Da’Vine Joy Randolph untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Ia mengisahkan tentang seorang gutu yang terpaksa menetap di sekolah asrama. Ketika musim percutian bersama seorang pelajar yang tidak pulang.

 

10. City Hunter (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 25 April 2024

city hunter

Cr. Courtesy of Netflix © 2024

Pelakon: Ryohei Suzuki, Misato Morita, Masanobu Ando

Sinopsis: Seorang penembak dan playboy, Ryo Saeba yang merupakan seorang detektif bekerjsama dengan adik kepada bekas pasangannya. Mereka berdua memulakan sisatan ke atas pembunuhannya.

 

11. Musica (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 4 April 2024

musica

Pelakon: Rudy Mancuso, Camila Mendes, J.B. Smoove, Francesca Reale, Maria Mancuso, Gabriela Amerth, Andy Grotelueschen, Camila Senna, Regina Schneider, dan Andy Muschietti.

Sinopsis: Filem komedi romantik ini mengikuti seorang lelaki yang mempunyai synesthesia. Dia perlu berhdapan dengan cabaran masa hadapan, masalah percintaan, keluarga dan budaya Brazil di Newark, New York.

 

12. Scoop (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 5 April 2025

scoop

Pelakon: Gillian Anderson, Rufus Sewell, Billie Piper, dan Keeley Hawes

Sinopsis: Berdasarkan kisah sebenar, filem drama biografi ini mengisahkan tentang kisah bagaimana wanita-wanita di Newsnight mendapatkan temu bual eksklusif bersama Prince Andrew.

 

13. The Circle: Season 6 (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 15 April 2024

the circle season 6

Sinopsis: Status dan strategi bertembung dalam rancangan pertandingan realiti dan eksperimen sosial. Peserta perlu berkawan, dan bercinta secara atas talia untuk memenangi wang tunai dan bergelar top influencer.

 

14. Blood Free (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 10 April 2024

blood free

Pelakon: Ju Ji-hoon, Han Hyo-joo, Lee Hee-joon, Lee Moo-saeng, dan Park Ji-yeon

Sinopsis: Manusia sudah makan daging haiwan sejak jutaan tahun lagi. BF, sebuah syarikat bioteknologi mula menghasilkan daging tiruan, dan mendominasi pasaran. Tetapi, ramai mula mempersoalkan tindakan oleh CEO BF selepas satu demi satu.

 

15. Dead Boy Detectives (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 25 April 2025

dead boy detectives

Cr. Courtesy of Netflix © 2023

Pelakon: George Rexstrew, Jayden Revri, Kassius Nelson, Briana Cuoco, Ruth Connell, Yuyu Kitamura, Jenn Lyon

Sinopsis: Siri ini mengikuti Charles Rowland dan Edwin Paine sebagai Dead Boy Detectives yang tinggal di Bumi untuk menyiasat jenayah yang melibatkan mahkluk ghaib.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FAKTA MENARIK TENTANG AKTOR RIPLEY, ANDREW SCOTT

5 FAKTA MENARIK TENTANG AKTOR RIPLEY, ANDREW SCOTT

Bacaan Lanjut
INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut