Skip to content

new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Kongsikan artikel ini

Dari filem buatan Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2024.

Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video dan Disney+ Hotstar memulakan tahun baru dengan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari filem Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover dan Maya Erskine, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.

Formula 1: Drive to Survive: Season 6

Formula 1: Drive to Survive: Season 6 (Netflix)

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan Februari 2024 ini:

1. Tiger Stripes (Netflix)

Tarikh tayangan: 15 Februari 2024

tiger stripes

Pelakon: Zafreen Zairizal, Deena Ezral, Piqa, Shaheizy Sam, June Lojong, Khairunazwan Rodz dan Fatimah Abu Bakar

Sinopsis: Filem arahan Amanda Nell Ue ini membuat tayangan perdana ketika Festival Filem Antarabangsa Cannes 2023 dan memenangi Critics’ Week Grand Prize. Ia mengisahkan tentang seorang budak perempuan berusia 11 tahun Bersama Zaffan. Dia mengalami pengalaman akil baligh dan perubahan fizial dalam suasana yang menakutkan.

 

2. Mr. & Mrs. Smith (Prime Video)

Tarikh tayangan: 2 Februari 2024

Mr and Mrs Smith

Pelakon:  Donald Glover dan Maya Erskine

Sinopsis: Dua orang yang kesunyian mendapat pekerjaan di sebuah agensi perisikan misteri. Ia menawarkan kehidupan penyamaran yang penuh glamor, pengembaraan dunia dan sebuah rumah bata merah di Manhattan. Tetapi, mereka perlu menjalani kehidupan sebagai suami isteri sebagai Mr. & Mrs. John dan Jane Smith. Setiap minggu, mereka perlu mengikuti m,isi yang berbahaya dan juga berhdapan dengan kehidupan sebagai pasangan yang baharu berkahwin.

 

3. The Marvels (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 7 Februari 2024

the marvels

Pelakon: Brie Larson, Iman Vellani, Teyonah Parris, Zawe Ashton, dan Park Seo-joon

Sinopsis: Filem adiwira berdasarkan Marvel Comics yang diterbitkan oleh Marvel Studios terbaharu. Sekuel kepada filem “Captain Marvel”, Carol Danver aka Captain Marvel dihantar untuk sebuah misi di wormhole yang berkaitan dengan revolusi Kree. Kuasanya bertembung dengan Kamala Khan aka Ms. Marvel, serta anak buahnya iaitu Captain Monica Rambeau. Mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan dunia sebagai The Marvels.

 

4. A Killer Paradox (Netflix)

Tarikh tayangan: 9 Februari 2024

a killer paradox

Cr. SONG KYOUNG SUB/Netflix © 2023

Pelakon: Choi Woo-shik, Son Suk-ku, dan Lee Hee-joon.

Sinopsis: Apabila satu pembunuhan membawa kepada kes pembunuhan yang lain, seorang pelajar kolej mendapati dirinya diburu oleh seorang detektif.

 

5. Upgrade (Prime Video)

Tarikh tayangan: Februari 2024

upgrade

Pelakon: Camila Mendes, Marisa Tomei dan Archie Renaux

Sinopsis: Ana adalah seorang pelatih industri yang mempunyai impian untuk karier dalam dunia seni. Dia juga perlu mendapatkan hati bosnya, Claire. Apabila tiket penerbangannya dinaikkan ke kelas pertama, dia bertemu dengan Will yang kacak. Tetapi, Will tersilap dengan menyangka Ana merupakankan bosnya itu.

 

6. Shogun (Netflix)

Tarikh tayangan: 27 Februari 2024

shogun Netflix

Pelakon: Cosmo Jarvis, Hiroyuki Sanada, Anna Sawai, Tadanobu Asano, Fumi Nikaido, dan Tokuma Nishioka

Sinopsis: Siri pendek ini mengikuti John Blackthorne, seorang pelayar Inggeris yang terdampar di Jepun. Ia membawanya kepada dunia politik yang bahaya antara hulubalang Jepun, keregenan, gereja Katolik serta empayar Sepenayol dan Portugal. Dia juga bertemu dengan salah seorang lelaki yang paling berkuasa di dunia, Lord Yoshio Toranaga.

 

7. Orion and the Dark (Netflix)

Tarikh tayangan: 2 Februari 2024

Orion and the Dark

Cr: DreamWorks Animation © 2023

Pelakon suara: Jacob Tremblay, Paul Walter Hauser, Angela Bassett, Colin Hanks, Natasia Demetriou, Golda Rosheuvel, Nat Faxon, Ike Barinholtz, Aparna Nancherla, Mia Akemi Brown, Shannon Chan-Kent, Shino Nakamichi, Ren Hanami, Matt Dellapina, dan Carla Gugino.

Sinopsis: Seorang budak lelaki yang mempunyai imaginasi yang aktif. Dia melalui pengembaraan malam bersama kawan baharunya, satu mahkluk gergasi bernama Dark.

 

8. Jalan Lupa Aku Cinta Padamu (Prime Video)

Tarikh tayangan: Februari 2024

jangan lupa aku cinta padamu

Pelakon: Azrel Ismail, Idris Khan, Qistina Khaled, Hakim Nordin, Eyka Farhana dan Datuk Jalaluddin Hassan

Sinopsis: Ia berkisahkan tentang peluang kedua dalam percintaan. Filem time-lapse ini menampilkan orang yang memasuki kedai debi yang bertukar magis. Ia memberikan peluang untuk pulang ke masa lampau dan membetulkan kesalahan dulu. Atau memadamkan segalanya dan bermula segar.

 

9. The Impossible Heir (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 28 Februari 2024

the impossible heir

Pelakon: Lee Jae-wook, Lee Jun-young, dan Hong Su-zu

Sinopsis: Kang In-ha meninggalkan kehidupannya yang miskin selepas mengetahui dia merupakan anak luar nikah kepada pemilik syarikat besar. Dipulaukan oleh keluarga barunya, dia bersama rakan baiknya membuat perancangan untuk mengambil alih syarikat tersebut.

 

10. La Luna (Netflix)

Tarikh tayangan: 9 Februari 2024

la luna

Pelakon: Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nam Ron dan ramai lagi

Sinopsis: Seorang pendatang baharu di sebuah kampung yang konservatif membuka kedai pakaian dalam. Dia menerima sokongan dan juga tentangan daripada penduduk kampung.

 

11. This Is Me…Now: A Love Story (Prime Video)

Tarikh tayangan: 16 Februari 2024

this is me now Jennifer Lopez

Sinopsis: Jennifer Lopez mempersembahkan filem muzikal bersempena pelancaran album terbaharu berjudul “This Is Me…Now”. Diinspirasikan daripada album tersebut, ia menceritakan tentang perjalanan cinta dan personal yang belum lagi dikongsikan kepada peminat.

 

12. Star Wars: The Bad Batch (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 21 Februari 2024

Star Wars the Bad Batch

Sinopsis: Berita baik buat peminat Star Wars. “Star Wars: The Bad Batch” kembali untuk musim ketiga dan terakhir bulan ini. Tiga episod pertama akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

 

13. Avatar: The Last Airbender (Netflix)

Tarikh tayangan: 22 Februari 2024

Avatar: The Last Airbender

Cr. Robert Falconer/Netflix © 2023

Pelakon: Gordon Cormier, Dallas Liu, Kiawentiio, Ian Ousley, Paul Sun-Hyung Lee, Elizabeth Yu dan Daniel Dae Kim.

Sinopsis: Air. Tanah. Api. Udara. Suatu masa dahulu, empat buah negara hidup dalam harmoni. Tetapi, semuanya berubah selepas itu. Siri live-action ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular.

 

14. Apartment 404 (Prime Video)

Tarikh tayangan: 23 Februari 2024

apartment 404

Pelakon: Yu Jae-seok, Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, Yang Se-chan, JENNIE, dan Lee Jung-ha

Sinopsis: Program realityiretro lapan-episod ini berlatarkan sebuah apartment dengan enam perserta selebriti. Mereka perlu mencari jawapan dalam setiap kejadian yang berlaku dalam latar dan situasi yang berbeza. Seorang peserta akan dinobatkan sebagai juara pada penghujung siri nanti.

 

15. Formula 1: Drive to Survive: Season 6 (Netflix)

Tarikh tayangan: 23 Februari 2024

Formula 1: Drive to Survive: Season 6

Sinopsis: Sebelum musim 2024 bermula, peminat Formula 1 boleh menyaksikan siri popular yang kembali untuk musim keenam. Ia membawa peminat untuk melihat persediaan untuk musim perlumbaan tahun lalu dengan pelbagai aksi dan kejutan.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut