Skip to content

rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Kongsikan artikel ini

Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.

Tahun 2024 sudah membuka tirai tahun baharu. Laman penstriman seperti Netflix, HBO GO, Prime Video dan Disney+ Hotstar memulakan tahun baru dengan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan Januari 2024 ini:

1. The Brothers Sun (Netflix)

Tarikh tayangan: 4 Januari 2024

The Brothers Sun

Cr. Courtesy of Netflix © 2023

Pelakon: Tan Sri Michelle Yeoh, Justin Chien, Sam Song Li, Highdee Kuan, Joon Lee

Sinopsis: Apabila musuh misteri muncul, Charles Sun dari Taipei terbang ke Los Angeles untuk melindungi ibu dan adik lelakinya, Bruce. Bruce mula mengenali sejarah keluarganya yang merupakan kumpulan gangster terkenal dari Taiwan.

 

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

 

2. Foe (Prime Video)

Tarikh tayangan: 5 Januari 2024

foe

Pelakon: Saoirse Ronan, Paul Mescal dan Aaron Pierre

Sinopsis: Berdasarkan novel tulisan Iain Reid dan membuat debut di Festival Filem New York 2023. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri yang menjadi tunggang-langgang apabila seorang lelaki muncul di ladang mereka. Lelaki itu memberitahu suami tersebut akan dihantar ke stesen angkasa. Dan isterinya akan ditinggalkan bersama robot.

 

3. Ishura (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 3 Januari 2024

ishura

Pelakon: Yuki Kaji, Reina Ueda, Jun Fukuyama, Akio Ootsuka, Rie Takahashi, Shinichiro Miki, Nobuhiko Okamoto, Yumiri Hanamori, Yui Horie, dan Takehito Koyasu

Sinopsis: Di alam selepas kematian Demon King, sekumpulan separa dewa mewarisi kehidupan di dunia. Bertarung untuk memegang gelaran “True Hero”, setiap juara ini perlu menghadapi cabaran antara satu sama lain, dan menimbulkan konflik antara mereka.

 

4. Man On The Run (Netflix)

Tarikh tayangan: 5 Januari 2024

jho low

Sinopsis: Filem dokumentari ini mengisahkan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB yang menjadi topik hangat di seluruh dunia. Ia menyaksikan penglibatan Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak dan usahawan dalam pelarian, Jho Low.

 

5. Marry My Husband (Prime Video)

Tarikh tayangan: 1 Januari 2024

marry my husband

Pelakon: Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung, dan Song Ha-yoon.

Sinopsis: Berdasarkan novel web, ia menceritakan kisah balas dendam seorang wanita yang mendapati suami dan rakan baiknya menjalin hubungan. Dia kembali selepas 10 tahun dibunuh, dan menjalani kehidupan kedua.

 

6. Echo (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 10 Januari 2024

echo marvel

Pelakon: Alaqua Cox, Chaske Spencer, Tantoo Cardinal, Devery Jacobs, Cody Lightning, Graham Greene dan Zahn McClarnon

Sinopsis: Siri terbaharu Marvel Comics ini mengikuti kehidupan Maya Lopez atau Echo daripada “Hawkeye”. Selepas kejadian di New York City, dia kembali ke kampung halaman dan perlu berhadapan dengan masa lampaunya. Juga menyelami salasilah Native American bersama keluarga dan komunitinya.

 

Baca lebih lanjut: DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

 

7. Lift (Netflix)

Tarikh tayangan: 12 Januari 2024

lift

Pelakon: Kevin Hart, Gugu Mbatha-Raw, Vincent D’Onofrio, Úrsula Corberó, Billy Magnussen, Jacob Batalon, Jean Reno, dan Sam Worthington.

Sinopsis: Seorang perompak professional dan krunya memulakan rompakan terbesar mereka, emas bernilai $500 juta dari peti simpanan kapal terbang. Pada ketinggian 40,000 kaki di atas langit.

 

8. Expats S1 (Prime Video)

Tarikh tayangan: 26 Januari 2024

expats

Pelakon: Nicole Kidman, Ji-young Yoo, Jack Huston, Sarayu Blue, Brian Tee, Flora Chan

Sinopsis: Berlatarkan kejiranan Hong Kong, siri ini menyikuti kehidupan sekumpulan wanita dalam komuniti ekspatriat. Selepas satu kejadian berlaku, mereka perlu meneruskan kehidupan dalam keseimbangan antara tuduhan dan tanggung jawab.

 

9. Role Play (Prime Video)

Tarikh tayangan: 12 Januari 2024

role play

Pelakon: Kaley Cuoco, David Oyelowo, Connie Nielsen, dan Bill Nighy

Sinopsis: Emma mempunyai kehidupan yang normal bersama suami dan dua anaknya di New Jersey. Tetapi, dia juga mempunyai kehidupan rahsia sebagai pembunuh upahan. Suaminya mendapat tahu mengenai rahsia tersebut, dan mereka mahu melakukan role-play untuk menghangatkan perkahwinan mereka.

 

10. A Shop For Killers (Disney+ Hostar)

Tarikh tayangan: 17 Januari 2024

a shop for killers

Pelakon: Lee Dong-wook dan Kim Hye-jun

Sinopsis: Sebuah drama aksi yang mengisahkan tentang anak buah yang tiada ibu bapa dan dibesarkan oleh bapa saudaranya. Dia kini berhadapan dengan kebenaran selepas kematian mengejutkan bapa saudaranya yang bekerja di sebuah pusat beli-belah.

 

Baca lebih lanjut: TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023

 

11. Bitconned (Netflix)

Tarikh tayangan: 1 Januari 2024

bitconned

Cr. Courtesy of Netflix © 2024

Pelakon: Sam bankman-Fried, Robert Farkas, Sohrab Sharma

Sinopsis: Dalam dokumnetari, tiga lelaki mendedahkan pasaran cryptocurrency untuk menipu jutaan pelabur dan menjalani kehidupan yang mewah.

 

12. Good Grief (Netflix)

Tarikh tayangan: 5 Januari 2024

good grief

Cr. Credit: Chris Baker / Netflix © 2023.

Pelakon: Dan Levy, Ruth Negga, Hilmesh Patel dan Luke Evans

Sinopsis: Seorang artis yang meratapi kematian suaminya membawa dua rakan baiknya ke percutian di Paris. Di situ, mereka membongkar rahsia dan perlu berhadapan dengan kebenaran.

 

13. Faraway Downs (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 31 Januari 2024

faraway downs

Photo credit: James Fisher/20th Century Fox 

Pelakon: Nicole Kidman, Hugh Jackman, Shea Adams

Sinopsis: Seorang aristrokrat, Sarah mempunyai ladang ternak di Australia. Selepas kematian suaminya, seorang baron memulakan langlah untuk mengambil tanah miliknya. Dia perlu bersatu dengan penternak lembu, Jackman untuk melindungi ladangnya.

 

14. Indian Police Force S1 (Prime Video)

Tarikh tayangan: 19 Januari 2024

indian police force

Pelakon: Siddharth Malhotra, Shilpa Shetty Kundra, Vivek Oberoi, Shweta Tiwari, Nikitin Dheer, Rituraj Singh, Mukesh Rishi, Lalit Parimoo

Sinopsis: Seorang pegawai polis menaruhkan nyawa keluarganya untuk menjatuhkan rangkaian penjenayah yang mahu membahayakan orang yang tidak berdosa.

 

15. Gyeongseong Creature Part 2 (Netflix)

Tarikh tayangan: 5 Januari 2024

Gyeongseong Creature

Cr. Lim Hyo Sun/Netflix © 2023

Pelakon: Park Seo-joon, Han So-hee, Soo Hyun, Kim Hae-sook, Jo Han-chul dan Wi Ha-joon

Sinopsis: Gyeongseong, 1945. Di bawah penjajahan Jepun di Korea, seorang usahawan dan penyaisat perlu berjuang untuk hidup dan berhadapan dengan makhluk yang lahir daripada ketamakan manusia.

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
Death's Game Kdrama

DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

Bacaan Lanjut